CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 1

Rossi bersara daripada MotoGP hujung musim ini (2021)

[Copy link]
Post time 8-8-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Milan: Ikon lumba motosikal Itali, Valentino Rossi yang kariernya menjangkau 26 tahun, hari ini mengumumkan akan bersara pada hujung musim 2021 dengan pencapaian juara MotoGP sebanyak tujuh kali.

Pelumba yang menggelarkan dirinya sebagai 'The Doctor' itu mendomasi dekat pertama abad ke-21 dengan menang tujuh gelaran juara dunia MotoGP bagi kategori elit.

Cintanya kepada sukan itu berterusan sehingga usianya mencecah 42 tahun dan dia mencatatkan 115 kemenangan termasuk rekod 89 kemenangan di 89 di MotoGP, 235 podium termasuk 199 di MotoGP yang juga rekod, serta karier terpanjang dilakukan pelumba dalam kelas perdana sukan itu.

Anak kepada pelumba motosikal, Rossi bermula dengan kelas 125cc bersama Aprilia pada 1996.

Dia menang gelaran pada musim berikutnya sebelum menyertai kelas 250cc dan memenangi gelaran dunia bersama Aprilia pada 1999.

Di kelas tertinggi pula, Rossi muncul naib juara pada musim pertama pada 2000 sebelum menang gelaran dunia dalam format terakhir 500cc setahun kemudian bersama Honda.

Dia menang enam lagi gelaran bersama kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.

Tetapi, dia kemudian dipintas bintang baharu MotoGP dari Sepanyol, Marc Marquez yang menang gelaran dunia pada 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

Kali terakhir Rossi menang perlumbaan adalah Grand Prix Belanda pada 2017 dan kali terakhir menduduki petak utama pada 2018 dan kali terakhir menaiki podium, setahun kemudian.

Musim lalu, dia menamatkan saingan di tempat ke-15, sesuatu tidak dijangka daripada seorang pelumba yang tidak pernah terkeluar daripada kedudukan ke-10 dalam semua peringkat perlumbaan sejak kemunculan pertama pada 1996.

Musim 2021 adalah peluang terakhir buat Rossi merubah nasibnya dengan pasukan Yamaha-SRT, tetapi selepas sembilan perlumbaan, dia sekadar menduduki tempat ke-19.

sumber : HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 10:44 PM | Show all posts

LEGENDA MotoGP dari Itali, Valentino Rossi mengumumkan akan bersara pada hujung musim ini ketika sidang media menjelang GP Austria, hari ini. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051521 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list