CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 4

[Sarawak] Tujuh kluster baharu diisytihar di Sarawak hari ini

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-8-2021 11:09 AM

Tujuh kluster baharu diisytihar di Sarawak hari ini


KUCHING: Tujuh lagi kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan empat daripadanya merupakan kluster komuniti.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan, berkata dua lagi merupakan kluster tempat kerja dan satu melibatkan sebuah pusat penjagaan warga emas di Kuching.

"Tujuh kluster baharu diisytiharkan hari ini, pertama Kluster Lorong Merbau, Kuching, melibatkan beberapa keluarga yang tinggal di Lorong Merbau, Kampung Rampangi Fasa 2, Jalan Sultan Tengah.

"22 daripada 23 individu disaring positif COVID-19 manakala seorang lagi masih menunggu keputusan," katanya.

Kluster Jalan Buan, Tatau, melibatkan sebuah restoran di Jalan Buan, Pasar Baru Tatau. Hasil saringan ke atas 21 individu, 12 didapati positif, sembilan masih menunggu keputusan.

JPBNS menambah, 11 kes baharu dilaporkan hari ini membabitkan kluster tempat kerja tersebut.

Kluster Jalan Ding Lik Kwong Dua, Sibu juga kluster tempat kerja, melibatkan kediaman sebuah syarikat pendawaian terletak di Jalan  Din Lik Kwong, bandar raya Sibu.

"Seramai 31 individu disaring, 15 daripadanya positif, 13 negatif , dua masih menunggu keputusan," katanya.

Satu lagi kluster komuniti diisytiharkan hari ini, Kluster Kampung Pulo Ulu, Kuching dikesan di sebuah kampung di Jalan Kampung Panglima Haji Seman Ulu, Petra Jaya.

Menurutnya, 119 individu telah disaring, 23 didapati positif, 96 negatif dan daripada jumlah yang positif, tiga kes baharu dilaporkan hari ini.

Kluster Tamah Malihah, Kuching, pula dikesan melibatkan sebuah kawasan taman perumahan di Jalan Batu Kawa-Matang dan 176 orang telah menjalani saringan COVID-19, katanya.

"40 daripada mereka didapati positif, 136 negatif dengan dua kes baharu dilaporkan hari ini," tambahnya.

Kluster baharu keenam diisytiharkan hari ini ialah Kluster Kampung Pandan, Lundu, melibatkan beberapa keluarga di sebuah kampung di Jalan Belungei, Pandan.

Bagi kluster ini katanya, 29 individu disaring, sembilan positif manakala 20 didapati negatif.
"Kluster Jalan Stutong Baru, Kuching, kluster ketujuh diisytiharkan hari ini, dikesan melibatkan beberapa penghuni sebuah pusat penjagaan warga emas di Jalan Stutong Baru.

"Seramai 115 individu disaring, 22 didapati positif, 93 negatif. 21 kes positif baharu membabitkan kluster ini dilaporkan hari ini," tambahnya.

JPBNS dalam kenyataannya juga memaklumkan Kluster Kilometer 23, Jalan Puncak Borneo, Kuching, diisytiharkan tamat setelah tidak merekodkan kes baharu dalam tempoh 28 hari yang lalu.

"Setakat ini, terdapat 89 kluster COVID-19 yang aktif di Sarawak, daripada jumlah itu 13 merekodkan penambahan kes baharu iaitu sebanyak 110," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2021/08/08




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga diri baik2 dah makin banyak kluster ni lagi risau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 07:30 PM | Show all posts
Lengkong replied at 8-8-2021 11:21 AM
Jaga diri baik2 dah makin banyak kluster ni lagi risau.

Haah risau pulak walau dah masuk fasa 3 ppn
Berhati2 jugak ya.. sentiasa ikut SOP
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
@tt..Sibu dh taraf bandaraya ke?(tulis atas tu)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-8-2021 12:05 PM
@tt..Sibu dh taraf bandaraya ke?(tulis atas tu)

Wartawan lah tu

Pembandaran sibu
Kuching baru bandaraya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.052290 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list