View: 1730|Reply: 8
|
Misteri Kehilangan Penangkul Ketam, Rupanya Dah Meninggal Seorang Diri Depan TV
[Copy link]
|
|
Langkawi: Misteri kehilangan penangkul ketam yang tidak mengunjungi rumah bapa saudaranya dua hari lalu terjawab selepas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Kuala Temonyong di sini, hari ini.
Mangsa, Harisman Ismail, 45, ditemui bapa saudaranya dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen di rumahnya, pada 1.20 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kematian lelaki itu daripada orang awam.
Foto: Harian Metro
"Anggota polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta ambulans bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.
"Mangsa dipercayai sudah meninggal dua hari lalu selepas kali terakhir dilihat pada 9 pagi, Selasa lalu, selain keadaan mayat mula membengkak," katanya ketika dihubungi di sini.
Shariman berkata, mangsa adalah duda beranak tiga, namun tinggal bersendirian di rumah terbabit, dan bekerja menangkul ketam serta menjala udang.
"Hasil temubual dengan bapa saudara mangsa dikenali Azizan, mangsa tidak datang ke rumahnya sejak dua hari lalu menyebabkan dia ke rumah mangsa untuk menyiasat.
"Dia memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada jawapan sebelum ternampak mayat mangsa tertiarap di hadapan televisyen," katanya.
Beliau berkata, pengesahan kematian mangsa dibuat oleh petugas perubatan dan kejadian itu dimaklumkan kepada anak sulung mangsa.
"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah.. salam takziah.. ramai meninggal skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Semoga rohnya tenang di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Mazhab Hanafi memang haramkan makan ketam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 7-8-2021 02:08 PM
Innalillah..sedeh nya..sian ank2 nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama mcm kes jiran i. Duda. Umur 30an. Duduk sorang. Mati sensorg sbb darah tinggi. Tp seb baik dapat tahu hari yg sama jgk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|