CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14131|Reply: 105

[Tempatan] Sidang media tergempar MP UMNO 11.30 pagi. #4, Live. #51, 31 ahli MP BN terus s

[Copy link]
Post time 6-8-2021 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-8-2021 06:04 AM

Sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO 11.30 pagi

https://www.utusan.com.my/nasion ... en-umno-11-30-pagi/

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
6 Ogos 2021, 10:47 am


PETALING JAYA: Dijangka beberapa ahli Parlimen UMNO akan mengadakan sidang media khas di satu lokasi di ibu negara pada pukul 11.30 pagi ini dipercayai berkaitan sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu jemputan sidang media yang disampaikan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada hari ini.

“Salam, pagi ini jam 1130 pagi, akan ada sidang media ahli-ahli Parlimen UMNO di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1. Mohon bawa pas media masing-masing. Jika ada perubahan akan dimaklumkan kemudian,” kata mesej itu.

Antara dijangka menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin.

Menurut satu laporan portal, malam tadi telah berlangsung satu pertemuan antara ahli-ahli Parlimen dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman ahli Parlimen Pekan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 11:09 AM | Show all posts
parti babi ni x abis lagi ke? org sibuk covid nakharom woi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Woi dah penat la
TAKDE KEJE LAIN KE ............... SI...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 11:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 11:46 AM | Show all posts
Ismail Sabri dijangka sertai sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO

https://www.utusan.com.my/terkin ... ahli-parlimen-umno/

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR dan OMAR ZIN
6 Ogos 2021, 11:16 am


ISMAIL SABRI YAAKOB

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadiri sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 11.30 pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan sumber kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan bangunan itu mendapati dua kereta yang mempunyai tulisan Menteri dan Timbalan Menteri pada nombor plat pendaftaran.

Perkara itu sekali gus menguatkan sidang media itu bakal disertai beberapa anggota Kabinet yang cenderung kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, satu jemputan berkenaan sidang media itu diedarkan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi.

Antara bakal menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 11:53 AM | Show all posts
25 ahli Parlimen UMNO dijangka sertai sidang media tergempar

https://www.utusan.com.my/terkin ... ng-media-tergempar/

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR dan OMAR ZIN
6 Ogos 2021, 11:46 am



KUALA LUMPUR: Dijangka 25 ahli Parlimen UMNO akan menyertai sidang media tergempar yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini.

Pemerhatian Utusan Malaysia di pentas sidang media mendapati terdapat 25 tanda sekali gus memberi petunjuk sidang media itu bakal dihadiri 25 orang.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadiri sidang media tergempar itu yang dikatakan berkenaan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Satu jemputan media berkenaan sidang media itu disampaikan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I wonder how come org boleh terima mail ni as TPM ? Soooooo soooooo obvious dia punca covid mencanak sbb bg arahan spe balik dr Sabah tak perlu kuarantin. Kesan dia smpai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 11:58 AM | Show all posts
ini pengkhianatan

dah dapat jawatan, berpaling tadah

dorang ni la yang jadi barah dalam umno selama ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 12:00 PM | Show all posts
gado2 antra MP umno..sekali wak terus veto haramkan ameno..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:04 PM | Show all posts
So udah ke start sidang media nya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:05 PM | Show all posts
mengantok betul pak mail ni berucap..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid-19..mohon say hi to this clan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
taat kepada agung ke tu... ??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:07 PM | Show all posts
Mohon summary di sini…
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:08 PM | Show all posts
20k kes sehari bukti korang gagal la bodo

taknak lepas jawatan kerana bertanggungjawab konon.. tak nak lari dari medan perang konon

harktuihhh

20k sehari do

20k

bukan 200

bukan 2000

20,000 la do
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:10 PM | Show all posts
sidang media xde isi...buang masa... baik bg pdf jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teksi ke tu? Dah balik dari paree? Bini ikut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Umnoo terus maraa untuk rakyat malaysiaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TPM bagi senarai nama yang menyokong
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tupai at 6-8-2021 12:24 PM

Apa korang nk buktikan shaitonnnn????muka2 ni sila hafal, korang just dok atas utk tembolok sendiri bukan utk rakyat....next GE x payah undi muka2 politician keparat ni....kes 20k kau tetap sibuk gila kuasa....keje x buat dasar melantak gaji buta tiap2 bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.672032 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list