View: 4037|Reply: 23
|
[Tempatan]
Mayat bayi dalam longkang dikerumuni ikan
[Copy link]
|
|
Mayat bayi dalam longkang dikerumuni ikan
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikan-dalam-longkang
Disiarkan pada: Ogos 4, 2021 @ 11:15pm
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
Anggota polis mengangkat mayat bayi yang ditemukan dalam longkang berhampiran kebun durian di Mukim 5, Pondek Upeh di Balik Pulau hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Balik Pulau: Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam longkang berhampiran kebun durian Mukim 6, Pondek Upeh di sini, hari ini.
Bayi malang yang masih bertali pusat itu juga ditemukan dalam keadaan dikerumuni ikan di dalam longkang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 2.30 petang selepas pihaknya menerima laporan doktor di Hospital Balik Pulau.
Menurutnya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi.
"Dikatakan pegawai perubatan menemui uri dalam rahimnya namun suspek enggan memberi kerjasama berhubung kelahirannya.
"Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya pada 6 petang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kamarul Rizal berkata, hasil soal siasat kemudiannya suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah yang juga tempatnya bekerja selepas menyedari bayi itu lahir dalam keadaan tidak bernyawa di bilik tidurnya sejam sebelum dia ditemukan majikannya.
Menurutnya, suspek mendakwa dia berniat menanam bayi itu selepas menyedari tidak bernyawa namun apabila sampai berdekatan longkang dia berasa mahu pitam dan bayi berkenaan terlepas daripada pegangannya sebelum jatuh dalam longkang.
"Suspek turut mendakwa sempat kembali ke rumah sebelum pengsan di dapur dan dibantu majikannya yang berusia 54 tahun.
"Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya dengan pekerja kebun yang tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya," katanya.
Menurut Kamarul Rizal, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kemudiannya ke lokasi penemuan mayat bayi itu dan tempat kerja suspek bagi melakukan siasatan.
Katanya, mayat bayi itu akan dibedah siasat esok selepas mendapat keputusan saringan Covid-19 dan usaha mengesan lelaki yang dipercayai bapa bayi berkenaan sedang giat dijalankan.
"Suspek wanita itu ditahan di wad hospital ketika ini berikutan dia masih perlu mendapat rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
Difahamkan, wanita itu bekerja sebagai penjaga warga emas dengan gaji bulanan RM1,300 dan dia menjaga bapa kepada majikannya itu sejak Februari tahun lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa mayat bayi perempuan dalam longkang
https://www.kosmo.com.my/2021/08 ... uan-dalam-longkang/
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
4 Ogos 2021, 11:16 pm
Anggota polis memeriksa mayat seorang bayi perempuan di Balik Pulau hari ini.
BALIK PULAU – Polis menemui mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat di dalam longkang berhampiran sebuah kebun durian di Mukim 6, Pondek Upeh di sini hari ini.
Mayat yang masih bertali pusat itu dijumpai kira-kira 2.30 petang selepas seorang doktor membuat laporan mendakwa menerima pesakit warga asing dipercayai menyembunyikan kelahiran.
Difahamkan, sebelum itu pegawai perubatan menemui uri di dalam rahim wanita berusia 35 tahun tersebut semasa melakukan pemeriksaan, namun dia yang bekerja sebagai penjaga warga emas enggan memberi kerjasama berhubung kelahiran.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek sebelum itu dimasukkan ke hospital di sini selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya petang semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku membuang bayi di dalam longkang berdekatan rumah tempat dia bekerja selepas melahirkan bayi itu dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik tidurnya.
“Suspek mendakwa dia berniat menanam mayat bayi tersebut, namun ketika sampai berdekatan longkang dia berasa mahu pitam sebelum mayat terlepas dari pegangannya dan jatuh ke dalam longkang.
“Suspek mendakwa sempat kembali semula ke rumah majikannya sebelum dia pengsan di bahagian dapur dan telah dibantu majikannya berusia 54 tahun itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Kamarul Rizal lagi, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku mengandung hasil hubungan dengan seorang pekerja kebun berdekatan tempat dia bekerja.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya dengan pekerja kebun yang tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya.
Hmmmm hubungan kangkangan warga asing dengan pekerja kebun. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi
Keje je lah elok2
Bongok btol
Mujur majikan htr ke spital
Kalau dia buat tak tau
Kau skali dok dalam longkang dgan baby kau |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul lahir dah meninggal. entah2 hidup lagi masa dicampaknya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Adui lah hai..klu btl x blh nak menahan nafsu..hv protection lah bila buat keje tu..xdelah dpt unplanned baby |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah. Sempat berbuat onar. Adakah sewaktu majikan tiada di rumah?
Kasihan bayi yang tak berdosa |
|
|
|
|
|
|
|
naper buang dekk. ramai yg struggle nak ada anak |
|
|
|
|
|
|
|
sian babyy . tp xpe lah. masuk syurga terus |
|
|
|
|
|
|
|
kan?
kalau sengkek sangat tadak kondo, buang luar je.
aduhai...
now dgn majikan sekali susah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya goreng nak pitam lah terlepas dari pegangan laaa mmg sebijik sinetron. Janammm |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz: naper buang dekk. ramai yg struggle nak ada anak
Kalau masih hidup dijadikan anak angkat pun jadi baka tak elok.
First sebab anak berasal dari baka mak indon.
Second rupa tak berapa lawa (sebab anak pekerja kontrak indon plus bapa dia pun pekerja asing jugak sure rupa below par).
Third tak tahu ada penyakit or tidak (susah nak dibela).
Fourth setiap anak itu ikut genetik mak ayah (sure berlaku rebel ikut keturunan, mak dia pun sembunyi sembunyi kandungan, dah buat onar).
Fifth unplanned baby surat beranak tidak ada.
Takpalah anak itu sudah menuju ke syurga.
Semoga dia doakan mak indon dia ni tak meroyan terkenang dosa bunuh anak dia.
But knowing wanita indon i sgt krik krik krik (dorang byk muslihat).
|
|
|
|
|
|
|
|
Suruh la tukang kebun tu pakai kondom kalau masing2 dah gersang kot ye pun |
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter replied at 5-8-2021 02:14 PM
Kalau masih hidup dijadikan anak angkat pun jadi baka tak elok.
First sebab anak berasal dari ba ...
Actually klo bayi mcm nie better die meninggal. Sbb klo hidup byk dugaan die.
Warga negara mmg x dpt. Ic xdpt.
Klo ape2 kene baya harga bkn warganegara so mahal.
Org nk wat anak angkat pn maybe pk byk kali..
Elok la bby ni teros ke syurga.
I agak ragu cite die terjatuh dlm longkang.
Pastu bole lak balik je
Amek la dulu.
Harap2 dpt la hukuman setimpal.
|
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 5-8-2021 07:11 PM
Actually klo bayi mcm nie better die meninggal. Sbb klo hidup byk dugaan die.
Warga negara mmg x ...
itulah.
innalillihowarouhjioun pada arwah baby ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kejamnya manusia gini |
|
|
|
|
|
|
|
Hisshhh. Benci btl kes buang2 bayi ni |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 5-8-2021 07:11 PM
Actually klo bayi mcm nie better die meninggal. Sbb klo hidup byk dugaan die.
Warga negara mmg x ...
ak pun berpendapat sebegitu. bkn la suka baby tu meninggal, tp ssh jgk klu jd anak stateless nnti. yg salah knp maid tu nk berzina awal2. warganegara (remaja pmpuan) klu yg terzina tu, masih lg ada ruang utk bayi luar nikah. ada rumah NGO boleh tlg . klu bkn warganegara ni payah sikit la klu kt Msia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|