View: 10302|Reply: 101
|
Peniaga ayam positif HIV dituduh rogol kekasihnya yang bawah umur,lebih tragis k
[Copy link]
|
|
Edited by JohnyEnglish at 3-8-2021 03:56 PM
PASIR MAS - Seorang peniaga ayam yang disahkan positif Human Immunodeficiency Virus (HIV) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol gadis bawah umur dipercayai kekasihnya sehingga mengandung pada Mac lalu.
Pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia 24 tahun dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun tujuh bulan itu dengan mengetahui bahawa ketika itu dia menghidap HIV di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara di kawasan Kampung Laut 1 di Tumpat pada Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh.
Pada prosiding itu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang mengandung lima bulan dan kini tinggal bersama keluarganya. Mohd Khuzaimi dalam rayuannya memohon agar jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan seorang pesakit HIV selain khuatir akan terdedah dengan jangkitan Covid-19 sekiranya dimasukkan ke penjara sepanjang tempoh perbicaraan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... l-remaja-bawah-umur
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nmpk budak lg, umur 24 da hiv |
|
|
|
|
|
|
|
memang set-set langan ayam ke camne ni sampai boleh dapat HIV?astaghfirullah |
|
|
|
|
|
|
|
kuat pegi main pelacur kat thailand budak ni.....tahun lepas plak pkp so tak dpt lubang tu yg merogol |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum maksimum je orang jenis macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya tuhan ku. Mudanya dek. Camne blh tau ada hiv |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 3-8-2021 04:00 PM
nmpk budak lg, umur 24 da hiv
Kalau tak kaki dadah, kaki main pelacur bareback. Tak pun dua2 sekali dia buat. Tu je jangkaan aku. Nak bersangka baik memang payah. |
|
|
|
|
|
|
|
muda lg dh kena hiv..kesiannya kt gf dia tu..bethol ke rogol..mcm jatuh bertimpa2..seram..dh kena rogol tu bala dh..mengandung plak..lg satu laki tu ada hiv..triple bala..
pastu bdk tu jangkit tak eh? sbb ada jer kan bini yg tak jangkit kan?org kg i laki dia meninggal sbb tu..pastu bini dia kawen dh ngn org lain..tp kawen kat thai..mak i ckp mom is scare sbb kawin belah sana xcheck pun kan.
sorry la i tacod covid..tacod lg hiv wpun covid lg bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 3-8-2021 04:00 PM
nmpk budak lg, umur 24 da hiv
Nampak macam budak sebab dia jenis katik bantut. |
|
|
|
|
|
|
|
Gianna111 replied at 3-8-2021 04:01 PM
memang set-set langan ayam ke camne ni sampai boleh dapat HIV?astaghfirullah
Biasa la tu, orang sana. Nelayan dia orang pun ramai yang HIV. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 3-8-2021 04:15 PM
muda lg dh kena hiv..kesiannya kt gf dia tu..bethol ke rogol..mcm jatuh bertimpa2..seram..dh kena ro ...
tacod tacod tacod tacod haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga Ayam Positif HIV, Pergi Rogol Kekasih Bawah Umur Pula!
Pasir Mas: Peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap HIV dalam sebuah Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, dekat Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac 2021.
Foto: Harian Metro
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.
Terdahulu, peguam bela, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang sedang mengandung lima bulan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen laporan perubatan.
Difahamkan, keluarga tertuduh membayar wang jaminan itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga bayar pulak duit jaminan tu. Untunglah dapat sokongan moral drp keluarga walaupun mencoreng arang ke muka mak pak. Kalau suka sama suka pun tetap salah. Positive hiv pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tacod titew bacerr
Org Kelantan ni memang another level laaaa.. apa je yang diorang tak mendunia. |
|
|
|
|
|
|
|
dah la mengandung, risau ada HIV lagi,, ntahla, dalam kes ni, patutnya awai2 dah gugurkan kandungan.. apalah nasib budak tu nnti.... kalau dpt HIV, mampu ka family nak jaga lagi? family lelaki for sure lepas tangan, sbbnya sanggup bayaq 15k jaminan, mcm depa confident ja anak depa tak bersalah.. mesti depa rasa suka sama suka ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dari mana laki tu dapat hiv.. mat pet ka. buat naya kat anak dara org lain pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya....
Schoolmate I macam ni la dulu, tetiba positif HIV dapat "hadiah" dari arwah suaminya...
Masa tau, dia tak tau tengah mengandung...
Lepas bersalin lama juga doktor monitor baby dia samada positif or tak HIV..
Alhamdulillah budak tu tak terjangkit HIV...
My schoolmate dah meninggal sebab komplikasi buah pinggang.
Anak dia umur 8 tahun masa dia meninggal.
Skrg budak tu adik lelaki my schoolmate yang jaga..
Family arwah suami? Lepas tangan...
Sebab anak tu lahir lepas suami dia dah meninggal..
Pelik2 orang born Muslim sekarang ni bila bab tanggungjawab dan wali... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jugak keluarga lelaki tu bayar 15k
Harap2 baby tak kena jangkit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|