View: 2954|Reply: 24
|
Lelaki Yang Sama Berenang- Punya Gigih Nak Rentas Daerah, Kali Ini Guna Rakit Ga
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam.
Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.
Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.
Kredit foto: Kosmo
Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.
Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.
Kosmo! Online, Julai lalu melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.
Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. –CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.
Aihhhhkkkkkkk! Tak serik2! Haa yelaaaa. Kalau tak orang selamatkan ko dulu, laut tuuu laa yang jadik kubur ko tauuu. Mustahak betul nak jumpa kawan tu! |
|
|
|
|
|
|
|
prison break. laki ni wajar jadi tester system security di malaysia. letak kat mana2 kalau leak kena bayar laki ni.
jimat sikit kos dari bayar professional tester |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya tak putus usaha walau belum berjaya. Tapi kejadian ni pasti akan meningkatkan semangatnya untuk terus mencuba lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
seriously, penting sgt ke nk rentas daerah tu. klu kerja, guna surat miti.pening pulak tgk gelagat manusia ni.cuba g je balai polis, sy nk sgt g daerah ni sbb ,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
kesian aku baca kesah budak ni dalam penangkini.. yang depa pun, bawak ja la pi jumpa kawan dia tu, nak sgt jumpa maybe dia perlukan duit ka apa.. jgn terkejut, zaman la ni, banyak org takdak bank account tau.. tua tua pun takdak account ka apa.. ni dpa hantaq balik pulau,satgi dia berenang balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai pelikat supaya boleh function ala2 sail ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku syak dia akan cuba utk kali ke3. Mungkin menyelam pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
pjg bethol umo dia ni..bkn kes aritu mat pit ke?
pasni mayb ada kejadian ke 3..tgk dia nk guna apa pulak pasni..kreatif |
|
|
|
|
|
|
|
bila teman wanita telefon
"baby..datang la rumah i sekarang "
- "kan pkp ni anje"
"tapi parents anje takde kat rumah"
terus capai gabus. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada terdesak nak pinjam duit kawan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
napa x sewa bot nelayan...menyamar jd nelayan ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak masalahnya pakai kain pelekat lalalala tu kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tunggu percubaan ketiga mcm mana plak |
|
|
|
|
|
|
|
bersemangat waja harus menjadi contoh
lenkali pakai yg besar skit siap pendayung
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape x buat mlm2...konpom lepas sbb gelap.. |
|
|
|
|
|
|
|
X de pasal nak cari pasal |
|
|
|
|
|
|
| |
|