View: 1550|Reply: 14
|
Varian Delta Merebak, Penduduk China Berkurung Lagi
[Copy link]
|
|
Beijing: Jutaan penduduk China kembali berkurung di rumah hari ini, selepas negara itu mengesan jangkitan besar-besaran Covid-19 bulan ini.
Saringan kesihatan besar-besaran turut dilakukan selain aktiviti perjalanan mula disekat.
China hari ini mengesan 55 kes jangkitan baharu ketika varian Delta dikesan sudah merebak ke lebih 20 bandar dan berpuluh wilayah.
Kerajaan tempatan di bandar utama termasuk Beijing kini sedang menyaring jutaan penduduk, malah mengawal kawasan perumahan serta meletakkan kontak rapat di bawah tempoh kuarantin.
Foto: AFP
Bandar Zhuzhou di wilayah Hunan pula mengarahkan 1.2 juta penduduk mereka berada di rumah dengan perintah berkurung yang tegas dalam tempoh tiga hari dengan ujian saringan serta vaksinasi.
"Keadaan masih suram dan sukar," kata kerajaan Zhuzhou.
Beijing sebelum ini melakar kejayaan dengan menjadikan negara itu sifar kes, selepas kali pertama virus itu dikesan di Wuhan pada lewat 2019.
Namun, kes jangkitan baharu dipercayai berkaitan kluster di Nanjing di mana sembilan tukang cuci di lapangan terbang antarabangsa diuji positif pada 20 Julai lalu, menjadikan sebanyak 360 kes tempatan dilaporkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Destinasi pelancongan Zhangjiajie berhampiran Zhuzhou menjadi lokasi jangkitan bulan lalu apabila virus itu dibawa dan tersebar ke seluruh negara.
Zhangjiajie kemudiannya meletakkan 1.5 juta penduduknya berkurung pada Jumaat lalu dan pihak berkuasa kini sedang mengesan mereka yang melakukan perjalanan dari Nanjing atau Zhangjiajie, malah mengarahkan orang ramai tidak ke lokasi penemuan kes itu.
Susulan perkembangan itu, Beijing sudah menyekat pelancong masuk ke ibu negara itu ketika percutian musim panas dan hanya membenarkan 'tetamu penting' yang diuji negatif dibenarkan masuk.
Pegawai tertinggi semalam juga sudah menyeru rakyat supaya tidak meninggalkan Beijing sekiranya tiada urusan penting.
Di Changping pula, seramai 41,000 orang diperintahkan berkurung di sembilan perumahan komuniti, minggu lalu.
Malah hari ini, kes baharu juga dilaporkan di lokasi pelancongan popular di Hainan termasuklah kawasan yang terkesan dengan banjir buruk, Henan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Virus china bermutasi di negara jiran yakni India.. balik semua ke China.. apa pun berhati2 ye semua... Jaga diri dan kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
kat sana pun da naik kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku doakn semua virus2 ni balik kpd tmpt asalnya dan tak keluar2 ke tmpt lain dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 3-8-2021 11:20 AM
Aku doakn semua virus2 ni balik kpd tmpt asalnya dan tak keluar2 ke tmpt lain dah...
Aku setuju... Semoga ni titik permulaan kpd terhapusnya covid di muka bumi ni...
Mcm sirih pulang ke gagang gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk ke 3 la... sinovac. |
|
|
|
|
|
|
|
Virus pun dah balik kampung..kite ni bila la boleh balik kampung..hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
yess..iols pun setuju..sbb derang..negara lain suffer makan tahun..walhal derang recover so fast dan kembali cikcur..gerammmm nengok nye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur negara komunih. Takdelah ayik buat #kerajaangagal je. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga virus Covid-19 ni hilang dan x muncul2 lagi. Penatlah dah 2 tahun dah kita hadap benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah semua puak2 covid blk kampung asalnya, takyah merayau merata dunia dah pasni |
|
|
|
|
|
|
|
dah ke China dah. Semalam news pun dah cakap , di wuhan ada saringan besar besaran , bolos virus ni asbabnya ada penerbangan dari Rusia ke Wuhan ke China yang wujud , may be ini puncanya, katanyalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak sokong dos ketiga tapi jenama lain lah selain dos yang mula2 itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|