CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 15

OLIMPIK: Jackson tersingkir selepas berjoging ke garisan penamat

[Copy link]
Post time 3-8-2021 07:52 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Shericka Jackson dikecam hebat gara-gara tindakannya sekadar berjoging melintasi garisan penamat ketika dia tersingkir dari acara 200 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo.

Jackson boleh melangkah ke separuh akhir dengan tempat kedua, namun sekadar menduduki tempat keempat dengan dia dipintas dua pesaingnya ketika perlumbaan menuju ke beberapa meter terakhir.

Pelari pecut yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter itu gagal mengikut jejak dua rakan senegaranya dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce melangkah ke separuh akhir dalam acara pecut jarak jauh itu.

Tindakan anehnya itu dikritik hebat dan ada peminat yang berang dengan menggelarnya sebagai bintang Jamaica 'bodoh'.

Bekas pelari, Steve Cram berkata di BBC: "Shericka Jackson hanya banyak berjoging. Mengapa mengambil risiko sedemikian? Saya minta maaf kerana marah, namun saya bagi pihaknya, bagi pihak jurulatihnya dan rakan sepasukannya. Perkara itu tidak perlu."

Bekas juara dunia dua kali, Colin Jackson berkata: "Dia melihat senarai awal dan berfikir "oh, saya akan menamatkannya dengan cukup selesa.

"Tetapi salah satu perkara yang tidak patut anda lakukan adalah memperlahankan (larian) - anda harus berlari dari permulaan hingga ke penamat," tambahnya. - AGENSI

sumber : BHarian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 07:53 AM | Show all posts

Jackson tersingkir selepas hanya berjoging ketika ke garisan penamat dalam acara saringan 200 meter, hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 07:54 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
aah yg ni aku tgk semalam pon frust boleh dia lenggang kangkong je fefeeling tak dapat dikejar peserta lain, tak memasal je rugi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:14 AM | Show all posts
akibat  terlalu feeling ko laa terpaling..
skali hamek kau! kne sailang last minute ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 11:30 AM | Show all posts
kena sailang last minit..pedih weyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ummah black ni menggedik kan masa di olimpik. dia ni,pastu simone biles
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling arnab dalam pertandingan bersama kura2 kahhh?
nak joging pun at least biarlah lepas line penamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 11:57 AM | Show all posts
Lepas ni jangan buat lagi ya Shericka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:39 PM | Show all posts
xpdckelate replied at 3-8-2021 11:30 AM
kena sailang last minit..pedih weyyy

Nampak mcm berlagak sangat. Terlampau under estimate pelari lain.
Taulah ko lari laju kan, org lain semua berhempas pulas nak tamatkan, ko lenggang kangkung aje, kalau lead jauh ok ah, ini dah ah ko kat 2nd place..

Aku mmg padankan je muke dia.
masa tengok live, aku ingat dia mmg pancit.. sebab last 25 meters tu mmg dia turn off terus..

Amik ubat la... nasib baik dah dapat bronze 100m.
bagi chance kat negara lain dapat pingat ahh walaupun bukan emas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar lah weii tengok benda ni. Feeling habis peserta Jamaica ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cramp sebelah badan ke?
ke rasuah? gitu aku tuduh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la x layak final. Nanti jamaica semua sapu pingat!

Bagi chance negara lain la
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa agaknya jadi ye. Dia tunjuk protes kat pihak tertentu ke? Ke die cedera? Hmm, macam2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnyaaaa..........Aku kalah {:hooray{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 05:45 PM | Show all posts
lari la kakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.084031 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list