CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 02/08/2021 1,166 Kes baharu

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-8-2021 01:32 PM

Sabah rekod 1,166 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah kekal merekodkan kes COVID-19 baharu melebihi paras 1,000 sejak 30 Julai lepas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes COVID-19 baharu tertinggi setakat ini dengan sejumlah 1,166 kes yang direkodkan hari ini.

"Hari ini, Kota Kinabalu sahaja 234 kes baharu, Penampang 123, Tawau 106, Beaufort 84, Tuaran 83, Papar 73, Kunak 68, Sandakan 61, Keningau 59, Tenom 41, Ranau 40 dan Telupid 38 kes.

"Tiada lagi daerah yang sifar kes. Terdapat satu kluster baharu di Tenom iaitu Kluster Sibulu yang melibatkan tempat kerja, yakni sebuah syarikat hidro.

"Saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yg terbanyak, 674 kes, saringan bergejala 171 kes dan 147 kes daripada kluster-kluster sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kontak rapat yang tinggi adalah satu petunjuk bahawa ramai orang sudah terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Katanya, dalam situasi dimana virus sudah tersebar luas dalam masyarakat dan kawasan yang luas, lockdown bukan lagi kaedah berkesan untuk membendung penularan.

"Apa yang perlu dibuat ialah mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan penduduk. Sabah telah menerima bekalan vaksin yang banyak pada minggu ketiga bulan Julai.

"Daripada 21 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berjaya memberi 374,214 dos vaksin.
"Kita berharap untuk meneruskan vaksinasi pada kadar purata 50, 000 dos sehari dalam bulan Ogos," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/02



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050505 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list