View: 2728|Reply: 7
|
Melampau Sangat Bila Sanggup Tunjuk Anu! 5 Langkah Ini Mangsa Perlu Buat
[Copy link]
|
|
Melampau Sangat Bila Sanggup Tunjuk Anu! 5 Langkah Ini Mangsa Perlu Buat Segera
PERBUATAN menunjukkan kemaluan kepada orang awam adalah melampau dan menyimpang daripada kebiasaan manusia normal.
Ia biasanya berlaku di kawasan awam yang menimbulkan trauma dan ketakutan kepada para wanita terutamanya wanita.
Kelakuan ‘tayang anu’ ini dipanggil Exhibitionism. Menurut Public Health Malaysia, Exhibitionism bermaksud perbuatan suka menunjukkan kemaluan kepada orang awam untuk keterujaan seksual yang menyimpang daripada tingkah laku seksual.
Pelaku yang juga dipanggil ‘flasher’ biasanya adalah lelaki yang suka sekiranya alat sulitnya dilihat oleh orang semasa melakukan hubungan seksual.
Mangsa perbuatan songsang ini selalunya wanita, kanak-kanak dan kaum lelaki sendiri.
Lazimnya, para pelaku hanya akan menayangkan kemaluan mereka dan tidak melibatkan sentuhan seksual atau pemerkosaan.
Berbicara mengenai kelakuan sumbang ini, adalah dinasihatkan korang semua berhati-hati ketika berada di tandas awam, taman awam, lorong kawasan perumahan, di dalam pengangkutan awam dan sebagainya.
Difahamkan, tandas awam menjadi ‘hot spot’ bagi para pelaku atau ‘exhibitionist’.
Mereka biasanya akan berdiri di tempat urinal sebelum mula beraksi dengan menunjukkan kemaluan kepada orang awam.
Ia merupakan satu isu kesihatan mental dimana perilaku individu tersebut dikenali sebagai ‘exhibitionist.’
Bayangkan jika situasi ini berlaku pada kanak kanak, sudah tentu mereka berasa takut dan keliru.
Sekiranya korang berhadapan dengan mereka, jangan tunjukkan reaksi, segera keluar untuk dapatkan bantuan. Lari segera dan laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Selain itu, memetik portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan apabila melalui situasi mencemaskan ini.
1.Lihat ke arah lain.
2.Berlalu dari kawasan itu.
3.Jangan menunjukkan sebarang respons.
4.Beritahu orang lain seperti ibu bapa, guru atau ahli keluarga.
5.Buat laporan polis.
Faktor yang menyebabkan seseorang menjadi ‘flasher’ tidak diketahui secara pasti. Memetik halaman allaboutcounseling.com, perlakuan tayang anu ini disyaki berpunca daripada sejarah lampau penderaan dan latar belakang pelaku daripada keluarga yang berantakan.
Di samping itu, terdapat juga penjelasan biologi di mana ia disebabkan oleh hormon testosteron berlebihan sehingga seseorang mengalami penyelewengan seksual.
Tiada fakta jelas berapa ramai yang mengalami kelakuan ‘exhibitionism’ ini. Psikoterapi dan ubat-ubatan tertentu berkesan untuk merawatnya.
Sumber: Public Health Malaysia, myhealth.gov.my |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teringat zaman duduk asrama, geng pompuan dok citer ada flasher tayang anu kt belakang aspuri. kekdahnya bukan trauma cekki2 ni, lagi diorg keluarkn camera lagi snap gambar |
|
|
|
|
|
|
|
bila kita beri reaksi like menjerit untuk yg mental ni satu kepuasan so better buat tak nampak and beredar dari tempat tu. Or report polis terus |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat drama cina dulu..time tu dua ppuan jln ats jejantas sunyi..tbe2 dtg llaki pakai kot mcm gmbr kartun ats ni la..buka tnjuk..
Ppuan tu siap kata "bnda kck mcm ni pun nk tnjuk?"
Kbltn sorg tu jnis kasar time tu ada kayu besbol..ksudahannya llaki tu plak kena kejar |
|
|
|
|
|
|
|
ia nya adalah mental health issue sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 2-8-2021 07:48 PM
teringat zaman duduk asrama, geng pompuan dok citer ada flasher tayang anu kt belakang aspuri. kekda ...
Ingat cikki2 takde yang pervert jugak ke. Haha.
Kalau depan I ade flasher I suruh die pancut dulu pastu I gelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelakkan je sambil tunjuk kt anu dia |
|
|
|
|
|
|
|
jentik je 15 kali..biar mengelupur,apa susah |
|
|
|
|
|
|
| |
|