CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2965|Reply: 6

Ada Syarat Khusus Buat Kuih Penjaram. Jom Cuba

[Copy link]
Post time 2-8-2021 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Ada Syarat Khusus Buat Kuih Penjaram. Jom Cuba


KUIH penjaram merupakan salah satu kuih klasik yang masih dijual di merata-rata tempat terutama di Sarawak dan Sabah.

Di Indonesia juga, menu berkenaan mudah didapati di pasar-pasar termasuk di warung tepi jalan. Di Jogjakarta misalnya, saiz kuih yang dijual agak kecil, tidak seperti di Malaysia.


Sebenarnya selain dipanggil sebagai penjaram, sajian tersebut turut dikenali dengan nama lain seperti penyaram, pinjaram, cucur jawa atau cucur gula merah.

Kepada generasi sekarang, mereka menggelarkannya sebagai kuih UFO atau Mexican Hats disebabkan bentuknya yang nampak seperti topi.

Salah seorang pembikin kuih berkenaan, Hasnah Aripuddin berkata, lazimnya kudapan berkenaan akan disajikan tatkala meraikan majlis keramaian seperti kenduri kahwin di negeri kelahirannya, Sabah.


Hasnah Aripuddin.

Beritahu Hasnah, bahan-bahan untuk membuat kuih itu agak mudah iaitu hanya memerlukan tepung beras, gula merah dan sedikit air sahaja.

Kata beliau, kuih penjaram sememangnya tidak mempunyai sebarang acuan khusus untuk membentuknya.


“Bentuk topi itu terjadi secara semula jadi setelah adunan dibiarkan semalaman sebelum digoreng,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Namun, syarat lain yang perlu dipatuhi adalah kawalan api yang sederhana ketika menggoreng, selain menggunakan hanya satu sudu minyak.

“Biasanya satu sudu minyak besar boleh menggoreng sekitar lima hingga enam biji kuih penjaram. Itu sahaja petua yang wajib diikuti bagi memastikan bentuknya seragam. Jadi, memang tak guna sebarang alat bantuan pun, tetapi bergantung kepada teknik ketika menggoreng,” ujarnya yang mempelajari kulinari turun-temurun itu daripada ibunya, Nur Salmah Mado sejak kecil lagi.


Hasnah yang turut berniaga kuih penjaram secara kecil-kecilan berkata, lazimnya kuih berkenaan berwarna coklat disebabkan penggunaan gula merah.

Baca juga: Kuih Serunai, pilihan petang Pantai Timur, renyah nak buat tapi sedap

Pun demikian, bagi mengikuti cita rasa pelanggan yang pelbagai, beliau telah memvariasikan warna kepada warna hijau dan ungu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Warna hijau saya ekstrak menggunakan daun pandan, sementara warna ungu diperoleh daripada keladi. Kesedapannya tetap terserlah seperti kuih penjaram yang asli,” ujarnya.

PROFIL

Nama: Hasnah Aripuddin
Umur: 28 tahun
Asal: Tawau, Sabah
Menetap: Pitas, Sabah
Facebook: Fiqriana Ana

RESIPI KUIH PENJARAM




Bahan-bahan

1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk setengah tepung gandum
1 sudu teh garam
1 mangkuk setengah air
Gula merah, pewarna pandan dan keladi

Cara penyediaan:

  • Masakkan gula dengan menggunakan api sederhana sehingga menjadi keperangan.
  • Kemudian, pastikan gula dikacau tanpa henti agar tidak hangus.
  • Selepas itu, seusai menjadi karamel, tuang air secara perlahan-lahan dan kacau sehingga adunan menjadi cair.
  • Pastikan adunan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam adunan utama iaitu tepung gandum, tepung beras dan garam.
  • Jika adunan pekat, boleh ditambah sedikit air sehingga teksturnya cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat), kemudian titiskan pewarna yang menjadi pilihan.



Masukkan adunan ke dalam bekas dan biarkan semalaman sebelum goreng.
Sumber: Hasnah Aripuddin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa di semenanjung paggil kuih Cucur Jawa. Kalau yg urban sikit panggil Mexican Hat. Katanya nak sama dgn topi org Mexico giteww.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ta pernah mkn kuih ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 04:20 PM | Show all posts
aaaaaa rindunya nak makan kuih ni!tok saya dekat Kedah selalu buat bila kami sekeluarga balik sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lunarian replied at 4-8-2021 04:20 PM
aaaaaa rindunya nak makan kuih ni!tok saya dekat Kedah selalu buat bila kami sekeluarga balik sana.
...

Btull..dkt kedah kuih ni sngt common. Kami paggil coq jawa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bancuhan kuih ni, xboleh masak terus. Xjadi. Kena perap dlu. Klu sy, sy perap 3 jam, bru goreng. Pernah buat yg x perap, mmg xjadi, walau sukatan semua sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit nyer guna minyak
Nak kena cuba cara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 11147 Replies : 3
Bukan AirAsia 'curi' staf Malaysia Airlines
maklukpenggodaBukan AirAsia 'curi' staf Malays
Views : 11716 Replies : 3
Ringgit Malaysia ke paras USD$4.2
maklukpenggodaRinggit Malaysia ke paras USD$4.2
Views : 8784 Replies : 1
Wan Fayshal disaman Rafizi
maklukpenggodaWan Fayshal disaman Rafizi
Views : 6735 Replies : 1
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 42356 Replies : 176
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 72420 Replies : 653
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54142 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077925 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list