View: 3118|Reply: 32
|
Nenek 29 Cucu Tokan Dadah Ditahan
[Copy link]
|
|
Seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya antara tiga yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM85,000, minggu lalu.
Warga emas itu dan cucunya berusia 21 tahun ditahan kira-kira pukul 6.45 pagi dalam tangkapan susulan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah rumah di Taman Seri Bayu di sini, Khamis lalu.
Ketua JSJN negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan perumahan sama pada pukul 6 pagi dan seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas selepas pihaknya menemukan dadah bernilai RM86,000 di premis tersebut.
“Hasil pemeriksaan di lokasi polis menemukan 18 peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 2.2 kilogram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 533 gram berjumlah keseluruhan RM86,000.
“Susulan tangkapan itu, kita memberkas dua lagi suspek dipercayai rakan sindiket yang merupakan seorang wanita warga emas dan cucu lelakinya di kawasan sama kira-kira 45 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di kawasan tempatan dan boleh menampung kegunaan kira-kira 6,200 penagih.
Zulkiflee berkata, hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap suspek pertama didapati positif dadah jenis methamphetamin, selain turut mempunyai dua rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.
“Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah.
“Dalam serbuan itu, kita turut merampas barang kemas dan sebuah kereta serta motosikal berjumlah keseluruhan RM24,782.11 yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran dadah ini,” jelasnya.
Kesemua susupek direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siannya kt nenek tu..rasanya dia tak terlibat..mayb dia tau cucu terlibat..tp dia blh buat apa kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah
xjd husnudzon |
|
|
|
|
|
|
|
Nak nega nasi lemak lambat sgt nak boleh g mekah..gitu kata nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah makcik. Makcik pun dah umur 64 tahun. Kalau nak jatuh hukum sebat pun dah tak boleh. Duduk jela dalam tu menghabiskan sisa
Sisa hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Awat nenek tak niaga online mcm forumer cari selalu sajes utk org2 x de koje |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek rugged ni jd tokan..klu nenek dulu2 isap rokok je… |
|
|
|
|
|
|
|
Armand2018 replied at 2-8-2021 06:21 PM
Takpelah makcik. Makcik pun dah umur 64 tahun. Kalau nak jatuh hukum sebat pun dah tak boleh. Duduk ...
Wanita xboleh di hukum sebat ikut undang2 sivil. |
|
|
|
|
|
|
|
baru ingat ni mungkin sayang cucu punya pasal, dia cover
sekali baca ada rekod jenayah dengan dadah
terus cam ehhh ke dalam laa ko mokcik |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah..ada rekod lampau..jgn buat cte sedih plak sbb pandemik jual dadih {:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Family bisnes ni |
|
|
|
|
|
|
|
nenek ni mesti ala2 mamabosan, scary gitu.
ramai betui anaknya, cucu pun ramai. hrp sorg tu je la berkecimpung di arena yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Demi mencari rezeki tetapi dengan cara yang salah |
|
|
|
|
|
|
|
"nenek ada 12 ank,29 cucu..kalo tak meniaga ni...mana la nenek dpt sara keluarga..".-Nenek... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah ada berita sebiji macam ni tahun lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
64 tahun pun nak business lagi ke.. Atau kena perangkap dengan cucu |
|
|
|
|
|
|
| |
|