CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 8

Tak Sampai 3 Jam, 4 Tan Durian RM1 Sekilo Licin

[Copy link]
Post time 2-8-2021 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semua empat tan durian yang dijual, licin dibeli pengunjung.


Apa tidaknya, dengan harga durian yang dilelong pada harga RM1 sekilogram, belum sempat gerai dibuka, pelanggan sudah beratur panjang di luar premis yang terletak di laluan utama Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, di sini.


Perniagaan durian yang diusahakan oleh ibu tunggal, Tengku Nor Amira Tengku Razaman, 31, sejak April lalu mula dibanjiri pelanggan sejak minggu lalu apabila dia menjual raja buah itu dengan harga lelong serendah RM1 sehingga RM2 sekilogram.


Tengku Nor Amira berkata, bekalan durian diperoleh daripada Jeli yang akan dibelinya setiap hari dan buah itu akan dijual pada harga rendah bergantung kepada harga modal.


Kredit foto: Harian Metro




"Biasanya saya hanya akan mengambil harga untung sekitar 20 sen hingga RM1 sahaja untuk sekilogram durian yang dilelong itu bergantung kepada harga yang saya beli daripada pembekal.




"Sebagai contoh, pada hari-hari tertentu pembekal menjual kepada saya dengan harga 80 sen sekilogram, saya akan menjual pada harga RM1 sekilogram dan ada ketikanya RM1 (harga pembekal), saya akan jual RM1.30," katanya ketika ditemui di gerainya di sini, hari ini.


Tengku Nor Amira berkata, walaupun durian yang dijualnya dengan harga yang sangat murah, dia tetap memeriksa kualiti buah itu yang mana hanya meletakkan buah yang elok sahaja di gerai bagi mengelakkan pembeli kecewa.


Selain durian kampung, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menjual durian jenis kunyit, cheni, IOI, kampung kahwin, D24 dan Udang Merah yang kesemuanya masih boleh diperoleh pada harga mampu milik.


Dia berkata, jika ingin mengadakan harga lelong dia akan mengumumkannya terlebih dahulu melalui laman Facebook dan keesokannya belum sempat gerai dibuka pada 8 pagi, orang ramai sudah membanjiri sekitar premis dan berbaris panjang.


"Apabila situasi itu berlaku, kami perlu menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial dan ada juga kawalan dari pihak berkuasa bagi memastikan keadaan terkawal," katanya.


Dia yang sebelum ini bekerja di sebuah kolam udang di Puncak Jalil, Selangor terpaksa berhenti kerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum mengambil keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka perniagaan itu yang turut dibantu ahli keluarga.


Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,700, dia memulakan perniagaan durian dan hasil yang diperoleh sangat lumayan malah kini keuntungannya makin menggalakkan sehingga mencecah RM4,000 hingga RM5,000 sehari walau durian dijual dengan harga sangat murah.


"Selepas habis musim durian ini, saya bercadang untuk mengusahakan gerai makan kerana ada sedikit asas dalam bidang itu manakala gerai buah ini masih akan tetap beroperasi untuk jualan buah lain pula," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 03:04 PM | Show all posts
boleh buat durian goreng... laku keras kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 03:08 PM | Show all posts
minggu lepas bangkem beli di pasar pudu RM8 sekilo

kecil2 je tapi bangkem beli 10 kilo makcik tu bagi free 3 bijik lagi

penuh bonet dengan durian

isi semua elok bini bangkem puji kata bangkem pandai pilih durian

pastu bangkem 2 hari badan panas tapi tak demam, peniing2 sikit je

sekarang baru ok sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk betul hantu durian Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 2-8-2021 03:08 PM
minggu lepas bangkem beli di pasar pudu RM8 sekilo

kecil2 je tapi bangkem beli 10 kilo makcik tu  ...

Bangkem dah berbini ya..teringat dulu2 bangkem selalu cerita kisah lemari bangkem. Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 01:05 AM | Show all posts
suka dengar cerita orang kaya-kaya derma durian di waktu musimnya.

lagi2 di zaman pandemik, orang nak makan, tapi tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 11:05 AM | Show all posts
ada yg mampu tu mampu. duk umah pn gaji jalan, bukan tak buat keje. bila wfh ni keje 24/7 ikut time ko, ikut time boss nk panggil meeting. pkl 10 mlm pun jalan. yg gaji kene potong lak lagi kesian, kene tabah lah menhadapi kehidupan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 11:13 AM | Show all posts
naina replied at 3-8-2021 12:12 AM
Bangkem dah berbini ya..teringat dulu2 bangkem selalu cerita kisah lemari bangkem. Haha

bangkem was ummah lemari ke chuols

tiber gossip psl forummers


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.353738 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list