View: 9643|Reply: 105
|
Dakwa Kerajaan Terbubar, Tun M Desak Muhyiddin Letak Jawatan
[Copy link]
|
|
Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Foto: Harian Metro
"Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu," katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang.
Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini.
Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.
"Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham," katanya.
Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Abis...sapa nk jadi PM kalau muhyidin turun? |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah nya kalau bubar pun ade ke calon pm yg dpt sokongan majority? |
|
|
|
|
|
|
|
selagi DSAI tak jadi PM
selagi LGE tak jadi lagi Menteri Kewangan
tak selesai la isu ni
berebut di kalangan pembangkang pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Semenjak penubuhan parlimen, pernah ke ada pandemik sehingga tak voley keluar rumah?
Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan PN ni dah tak valid...salah guna perlembagaan |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyo yoooo.. lihatlaa duniaaa.. pemimpin negara kuu kemaruk nak jd piyem... harap Allah terlungkup depa semua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 2-8-2021 01:28 PM
Abis...sapa nk jadi PM kalau muhyidin turun?
Aku tolong jawab.. atuk fosil laaaa.. koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 2-8-2021 01:35 PM
selagi DSAI tak jadi PM
selagi LGE tak jadi lagi Menteri Kewangan
Kannnn.. harap Allah kerat lidah depa ni seko seko.. |
|
|
|
|
|
|
|
guna alasan nak perjuangkan isu2 rakyat.
personally semakin tak nampak dah wakil rakyat yg ikhlas bekerja utk negara & rakyat.
makin menjadi2 kegilaan utk mengumpul harta & hidup bermewah-mewahan tanpa sekelumit pun terfikir akan kehidupan rakyat, terutamanya yg betul2 susah.
YDPA & Sultan2 yg lain, bolehkan mereka membuat sesuatu? Biarlah menjadi sejarah kali pertama pun dlm membuat apa2 keputusan yg berbalik utk kebaikan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti berebut pulak siapa nak jadi PM.......... Letih dah aku tgk................ |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni aku kerat kote ke kerat lidah..tak phm bahasa sggh rkyt tgh sengsara.. depa kek atas wirid piyem piyem |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 2-8-2021 01:33 PM
Merapu la orang tua ni.
Tau tak pa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 2-8-2021 01:35 PM
Semenjak penubuhan parlimen, pernah ke ada pandemik sehingga tak voley keluar rumah?
Katanya, ini ...
Rasanya mcm ni yg 1st.
X boleh ke menteri n yb di kuarantin satu tempat. Then bersidang lah korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 2-8-2021 01:48 PM
guna alasan nak perjuangkan isu2 rakyat.
personally semakin tak nampak dah wakil rakyat yg ikhlas ...
Tau tak pa |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 2-8-2021 01:50 PM
Depa ni aku kerat kote ke kerat lidah..tak phm bahasa sggh rkyt tgh sengsara.. depa kek atas wirid p ...
Tau tak pa |
|
|
|
|
|
|
| |
|