View: 3527|Reply: 16
|
"Tunggu Roh Apa Yang Masuk Dalam Badan,"-Nabila Huda Dipuji Pandai Men
[Copy link]
|
|
Episod terkini rancangan sensasi Melodi yang bersiaran buat kali pertama menampilkan kemunculan aktres Nabila Huda memulakan tugasnya selaku hos baharu.
Nabila atau mesra disapa Abil, 37, tampil mengendalikan program berkenaan yang bersiaran secara maya tepat pukul 12.30 tengah hari.
Bukan sekadar persembahan pengacaraan terbaik yang dilakukan Nabila, malah pelakon itu turut memberikan usaha lebih terhadap penampilannya dengan menggunakan perkhidmatan pasukan sendiri terdiri daripada jurusolek dan jurugaya terkenal.
Foto: IG
Di sebalik keterujaannya mengacara program tersebut, Nabila memohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan ketika kemunculan perdananya sebentar tadi.
“Terima kasih semua kerana menonton @meloditv3! Kalau ada tersasul, minta maaf ya. Bagi peluang lah, baru episod pertama.
“Kita tunggu dan lihat roh apa yang masuk dalam badan ‘she’ (gelaran untuk dirinya) minggu depan,” selorohnya.
Kemunculan Nabila yang menggantikan dua hos terdahulu iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick menuai pujian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti lain.
Pujian diberikan kepada anak kepada penyanyi Amy Search itu kerana berjaya mengendalikan program Melodi dengan sangat baik meskipun pada hari pertama bersiaran.
“Sangat bagus. Awak memang sempurna untuk pengacaraan,” tulis pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina.
Posisi Nabila selaku hos baharu program Melodi merupakan antara transformasi besar-besaran dilakukan stesen televisyen Media Prima Berhad termasuk dua rancangan lain iaitu Nona dan Muzik Muzik. -CARI
Sumber: Kosmo Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama x tengok Melodi oi |
|
|
|
|
|
|
|
people are more eager to watch the country grow back and people living their lives back to normal. |
|
|
|
|
|
|
|
tukar la pengacara mana pun
melodi so yesteryears |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tgk aritu…. Ermm rasa mcm tak kena la si abil ni. Nampak try hard. Tapi baru first episode… kasi chance |
|
|
|
|
|
|
|
bosan lah kau mengacara... cam syok sndiri je... lps tu nyanyi lagu ayah sndiri... haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar la format melodi tu...tk kn nk ikut cara nenek ogy |
|
|
|
|
|
|
|
Amyra Rosli ye pengacara baru Nona? Makin menyendu la rancangan yg dh sedia sendu.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tak tengok melodi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols best jach tengok abil host melodi.maybe sebab iols dah biasa tengok sheols kat IG so takde expectation sangat. Terhibur walaupun nampak sikit nervous sheols, biasalah first episode. |
|
|
|
|
|
|
|
Jannah aku tak tengok, anak Amy pun aku tak tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
tv kt umah pun dh jadi perhiasan
anak amy ni kadang over
lek2 udahla dek non
try hard sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Suara dia kadang2 tak faham apa dia cakap, tak cukup sharp. |
|
|
|
|
|
|
|
dh lama bethol xtgk melodi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempat tengok dalam 10 minit. Nampak Abil try hard sangat, tak relax. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting dia jujur depan camera.. Sesetengah pengacara cover2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|