View: 3180|Reply: 25
|
Pengendali Vaksin Mohon Masyarakat Henti Cari Salah Petugas PPV!
[Copy link]
|
|
Setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tersebut tidak seharusnya disebarkan serta dijadikan alasan untuk kita berterus-terusan memberikan tekanan terhadap emosi pihak terbabit.
Itu antara luahan perasaan vaccinator atau mereka yang ditugaskan untuk memberi vaksin susulan penyebaran video pemberian suntikan kosong di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak akhir-akhir ini.
Berkongsi pengalaman mereka, seorang doktor perubatan awam yang enggan dikenali berkata, masyarakat perlu bersikap lebih bertimbang rasa serta memberi sedikit ruang kepada petugas yang berhempas pulas melaksanakan tugas bagi memastikan aspirasi negara mencapai herd immunity tercapai.
Kredit foto: mStar Online
"Ada PPV yang bekerja tujuh hari seminggu sebab pihak atasan nak kejar numbers (suntikan), pada saya tidak adil untuk kita mengharapkan sesuatu yang 100 peratus sempurna.
"Sudah lebih 20 juta dos yang diberikan dan jumlah suntikan kosong yang diviralkan cuma ada beberapa kes, berapa banyak sangat jumlah peratusan tersebut, adakah sampai satu peratus? Jadi adilkah untuk masyarakat meneliti kerja kami sampaikan nak kena ambil video sebagai bukti?
"Kami rasa macam maruah kami tercalar sangat, kami semua ada lesen yang diiktiraf, ya kami melakukan kesilapan, bila kami sedar kami akan sentiasa memperbaiki diri tapi tolonglah jangan scrutinise kami secara berlebihan, malahan ada yang persoalkan kenapa jarum suntikan diambil dari ice box," luahnya yang sudah 18 tahun berkecimbung dalam bidang perubatan ini.
Malah terdapat juga kes yang mana vaksin telah diberikan setelah aduan dilakukan namun video masih tetap diviralkan.
"Kami buat salah, tindakan telah diambil untuk memperbetulkannya jadi apa tujuan video tersebut diviralkan?," soalnya.
"Saya tak nafikan ada beberapa perkara mungkin kita boleh tambah baik tapi viralkan perkara-perkara seperti ini tidak membantu," katanya.
Kredit foto: mStar Online
Situasi di PPV tidak kondusif
"Macam contoh kes di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini, keadaan panas, Malaysia ni panas, jadi bila buat drive-thru memang terasa bahang, melainkan ada sistem pengudaraan yang baik," katanya antara punca kejadian seumpama itu berlaku kerana situasi tidak kondusif di PPV.
Menurutnya, tindakan kerajaan membenarkan penerima vaksin untuk merakam video suntikan telah menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan di salah sebuah PPV.
"Selepas Khairy Jamaluddin umum orang ramai boleh rakam video, berlaku sedikit kekecohan di PPV, ada penerima vaksin yang kata proses untuk sedut vaksin dari botol kena dibuat depan penerima vaksin.
"Sampai bila kita nak layan hal seperti ini, di mana sempadannya? Kita nak puaskan hati siapa sekarang?," katanya.
Petugas perlu ikuti pelbagai prosedur
Jelasnya lagi, petugas di pusat vaksin terpaksa berhadapan dengan pelbagai prosedur bermula dari saat vaksin diambil sehingga selesai vaksin disuntik kepada penerima.
Kredit foto: mStar Online
"usat Simpanan Vaksin kami agak jauh, jadi kami perlu bertolak sehari sebelum untuk ambil vaksin dan bila kita bawa keluar sahaja vaksin dari pusat simpanan kita perlu log data keluar dan perlu maklumkan suhu fridge masa kita buka, dan kami kena susun vial betul-betul untuk pastikan ada pemisah dan kalau nak susun bertindih pun ada caranya.
"Dulu kami ada 120 jam sahaja untuk habiskan kesemua stok yang diambil cuma baru-baru ni tempoh masa tersebut telah dipanjangkan kepada 31 hari.
"Bila sampai ke PPV, selalunya yang ambil vaksin tiga orang iaitu ketua jururawat, jururawat dan paramedik, jadi mereka perlu masukkan dalam top loading fridge dan kita perlu rancang bila nak buka peti untuk memastikan ia berada pada suhu dua hingga lapan darjah celcius," katanya
Sehubungan itu, katanya, agak mustahil juga bagi seseorang itu bertindak mencuri bekalan vaksin untuk dijual.
"Vaksin yang telah dibawa keluar hanya boleh bertahan selama enam jam, kalau yang kita dah dilute mampu tahan selama dua jam manakala yang telah kita masukkan pada jarum mampu bertahan selama dua minit.
"Sebelum suntik kita kena pastikan tidak ada benda asing dan kalau katakan ada kita kena hantar balik vaksin tersebut bukan boleh bawa balik, vial yang telah digunakan juga perlu sama dengan jumlah pesakit yang menerima suntikan," jelasnya.
Terpaksa layan ragam masyarakat
Menurutnya, adalah tidak adil untuk sentiasa menyalahkan petugas terutama sekali kerana mereka juga datang ke PPV dengan pelbagai ragam.
Kredit foto: mStar Online
"Ada antara mereka yang memilih vaksin, tak nak AstraZeneca, nak Pfitzer je, lepas tu yang tukar telefon lepas tu register bawah telefon mak tapi bila datang untuk ambil vaksin tak bawa telefon tu.
"Ada juga yang telefonnya tak boleh install MySejahtera sebab handphone penuh dengan games," katanya.
Sementara itu, seorang jururawat yang bertugas di PPV berkata, dia pernah menunggu sehingga dua jam kerana penerima vaksin gagal menepati masa temujanji yang diberikan.
"Kami tak boleh buka selagi jumlah penerima tak cukup contoh macam Pfitzer, satu vial boleh suntik enam orang, jadi bayangkan kadang-kadang bukan kami sahaja, tapi lima lagi penerima terpaksa menunggu lama.
"Ada juga penerima vaksin yang kami telefon tak berjawab, seolah-oleh mereka sengaja matikan telefon, jadi semua ini menyebabkan tugas kami tergendala," ujarnya yang mempunyai enam tahun pengalaman.
Cabaran suntik hampir 100 individu sehari
Menurutnya lagi, kepenatan untuk menyuntik beratus bahkan beribu penerima vaksin bukan alang kepalang.
"Staf yang melakukan kesilapan tersebut tidak patut dikecam atau dihina, mesti ada sebab ia berlaku dan mustahilah sepanjang memberi suntikan dia melakukan kesilapan kan?
"ada saya kalau yang terlupa tekan tu mungkin sebab mereka overwork, boleh jadi kekurangan staf untuk rotation. Kami yang suntik 250 orang (dibahagi antara 6 orang vaccinator) pun penat apatah lagi di PPV yang perlu suntik beribu-ribu penerima vaksin,” katanya.
Menurutnya, tindakan mengambil video bagi tujuan untuk diviralkan bukan sahaja mengganggu kelancaran tugas mereka bahkan turut menggugat privasi mereka sendiri.
"Kalau sekadar untuk simpanan sendiri tak apalah, ada banyak cara lagi untuk memastikan suntikan itu betul-betul diberi, contohnya penerima boleh tengok picagari sebelum, semasa dan selepas suntikan," katanya.
Kredit foto: mStar Online
Kekal bersemangat
Disebalik kontroversi yang berlaku, dia bagaimanapun kekal bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
"Saya suka program sebegini, saya rasa bersemangat sebab nak bantu kerajaan dan rakyat supaya dapat vaksin lengkap, jadi kita semua boleh bebas daripada virus ini dengan segera dan dapat menjalani kehidupan normal macam dulu," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok jela masa dia suntik bukan ngeri pun. I yg penakut ni pun tengok. Tak dan nak video2 bagai leceh |
|
|
|
|
|
|
|
Pengendali beksin yg cari kesalahan ka penerima beksin? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang lah kesian kat team yg memberi vaksin tu, tapi kalau suntik vaksin kosong, x ke lagi naya, melibatkan nyawa oiii.. mcm kes jadi kat hosp banting dan beberapa video lain.. nasib lah ambik video boleh tgk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp nk salahkan masyarakat...kesalahan x cucuk betul2 adalah sangat serius.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mase tgh vaksin tu tgk la betul2..dh boleh rakam,rakam la.. kalau dh nmpk kosong bgtau direct.. kt situ jugak la tegur.. tgh NK vaksin jgn berangan.. ni dh blk rumah baru nk complain pe jadah .. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jalankan tugas kt ppv x blh la ckp mcm ni, ckp je akan perbaiki kelemahan suma org suka. Makna kata klau berlaku cucuk 0 pasni kena husnozan ke hapa?
Cer Dr bedah tertinggal gunting dlm perut, adakah kecuaian tu blh dimaafkan di pagi syawal? dengan alasan Dr penat, mcm2 prosedure nk kena follow sblm bedah org.... |
|
|
|
|
|
|
|
Y viral tu bila x tekan picagari tu? apa masalahnya? bila si penerima vaksin angin bgtau vaksin x dicucuk dlm badan siapa jer y akan percaya kalau x der bukti video?
Dia sendiri bgtau tugas dia tu meletihkan.. of course akan cenderung kepada kecuaian.. pastu nk tau camner tercuai ke tak? Kalau org tu x tau dia sebenarnya x divaksin, bukan ke akan mendatangkan bahaya pada dia & org sekeliling dia?
Nak complain tu bertempat lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah viral. Kalau tak, cincai buat kerja. Takat cucuk, dan boleh duduk...bukannya kena pusing wad ke apa, apa yang penat sangatnye. Kerja pun office hours. Kebanyakkan bukan pakai full ppe pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Rdizz replied at 2-8-2021 11:30 AM
Memang lah kesian kat team yg memberi vaksin tu, tapi kalau suntik vaksin kosong, x ke lagi naya, me ...
Setuju...kita pi ppv sb nk divaksin..dh kalau ko suntik angin je baik x pyh susah2 q kat ppv... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 2-8-2021 11:22 AM
Pengendali beksin yg cari kesalahan ka penerima beksin?
Vaccinator yang kerja cincai memang patut kena tindakan sebab membahayakan nyawa orang. Bukti kena ada, sebab tu bagus ada rakam video supaya vaccinator tak boleh menipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannye skrg, kenape Ipoh lambat sgt? |
|
|
|
|
|
|
|
time vaxx lepas, aku tengok je dia cucuk.
koserrr nak video bagai. tangan sebelah je pun.
aku faham, penat tu semua.
cuma harap takde dah lagi kes camni lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
1st vaksin aku lps KJ umum bole ambik video tp aku x ambik pun pasal x sempat. Laju btul dokter yg duty tu. Tp aku observe la dia punye flow dari keluarkan vaksin dari botol, tukar jarum, nmpk vaksin kt picagari, cucuk kt tangan aku, pastu picagari tu kosong & smpi dia buang semua2 tu kt tong yg disediakan. Aku tgk dokter yg cucuk aku tu hepi ceria jer. Aku x sure la dia penat ke tak tp aku nmpk dia ikhlas dlm menjalankan tugas. Sukarelawan pun baik. Syabas PPV setia alam. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 2-8-2021 12:07 PM
Persoalannye skrg, kenape Ipoh lambat sgt?
Uols blum cucuk lgi ke? Dah berbulan nampak uols komen camni hahaha
Dah try register kat klinik swasta dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Rdizz replied at 2-8-2021 11:30 AM
Memang lah kesian kat team yg memberi vaksin tu, tapi kalau suntik vaksin kosong, x ke lagi naya, me ...
Yang kat Banting tu lagi lah, penerima vaksin mula2 informed petugas situ sambil tunjuk video bukti, lepas tu penerima pulak kena marah dengan petugas dan disuruh padam video tu. Tak silalp (kena cari baca balik news tu) lepas penerima kata nak report polis baru petugas agreed suntik again. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 2-8-2021 01:45 PM
Yang kat Banting tu lagi lah, penerima vaksin mula2 informed petugas situ sambil tunjuk video bukt ...
Kalau takde video mesti di bolayan kan aje. Ada bukti pun nak berdalih |
|
|
|
|
|
|
|
Ade si bangang positif covid xde simptom dtg PPV kalut nk vaksin tu nk salah kan sape pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah korang buat kerja cincai, pastu sentap pulak bila ditegur |
|
|
|
|
|
|
|
semua xsalah..jarum kot yg salah..
senang jer..time nk cucuk tu tgk jer la jarum tu..ssh sgt ke..i ni penakut jgk..i tgk jer jarum waktu kena cucuk..tamo was was..nak rakam pun ssh.. rasa kekok jer..
dh la gmbar pun x amik..sorg2 jer..sbb ayah i xbg stranger pgg hp i
dia ckp nnti terlekat virus..layan jer la |
|
|
|
|
|
|
| |
|