CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 01/08/2021 1,002 Kes baharu

[Copy link]
Post time 1-8-2021 04:47 PM | Show all posts |Read mode
1,002 kes baharu COVID-19, kontak rapat penyumbang utama

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 1,002 kes baharu COVID-19 dengan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama sebanyak  591 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan 171 kes baharu dalam masa 24 jam.

"Ini diikuti oleh daerah Penampang dengan 100, Sipitang 90, Sandakan 75, Tuaran 73, Keningau 47, Telupid 40, Ranau 34, Papar 30, Beaufort 28 dan Kinabatangan 22 kes.

"Semua daerah di negeri ini mencatatkan kes baharu. Di daerah ini sahaja, hampir 63 peratus kes baharu datang daripada kontak rapat, 70 peratus di Tawau, 67 peratus di Penampang dan  62 peratus di Sipitang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, data itu menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan virus COVID-19 semakin meluas dalam komuniti.
Katanya, andaian ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah peratusan yang tinggi iaitu 18.4 peratus atau 184 kes dikalangan kategori ‘bergejala’.

"Jangkitan kategori ini merupakan kes sporadik, punca jangkitan tidak diketahui. Kes yang melibatkan kluster pula sekadar 13.3 peratus (133) dan saringan bersasar 5.5 peratus (55) daripada jumlah keseluruhan.

"Terdapat dua kluster baharu hari ini, Kluster Tembidong Bidong di Telupid/Beluran 88 (+35) kes (kluster komuniti) dan Kluster Jalan Patikang Ulu di Keningau 17(+3) kes (kluster tempat kerja)," katanya
Masidi berkata, dengan fakta-fakta yang diperolehi daripada analisis data-data lapangan, Kementerian Kesihatan Malaysia amat menganjurkan pematuhan secara total semua Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghindar diri masing-masing daripada dijangkiti COVID-19.

Katanya, disiplin adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain daripada keperluan mendapatkan vaksinasi.
"Setiap hari kita berusaha meningkatkan  kapasiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi vaksin kepada orang ramai.

"Kelmarin JKNS memberi 43,792 dos vaksin. Kita akan pertingkatkan lagi keupayaan ini sehingga melepasi 50,000 dos sehari.

"Kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/01


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 06:05 PM | Show all posts
jangan la berulang lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.986848 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list