View: 2944|Reply: 17
|
[Dunia]
Saintis temui ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick’ di dasar laut
[Copy link]
|
|
SpongeBob dan Patrick ‘sebenar’ serta watak yang ditonjolkan dalam siri kartun popular itu. - Twitter/ Christopher Mah
Saintis temui ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick’ di dasar laut
NEW YORK – Sekumpulan saintis marin di Amerika Syarikat menemui spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang menyerupai dua watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants, lapor akhbar New York Post semalam.
‘SpongeBob’ dan rakan baiknya, ‘Patrick Star’ ditemui di atas seketul batu di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York.
Kumpulan saintis daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) menemui span Hertwigia dan tapak sulaiman spesies Chondraster itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).
“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” kata seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu ciapan di Twitter.
Tambah Mah, dia berpendapat agak lucu untuk membuat perbandingan antara penemuan tersebut dengan watak kartun popular itu berdasarkan warnanya.
“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.
“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.
Penemuan tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai meluahkan rasa teruja mereka melihatkan dua watak kartun kegemaran ramai itu. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahahhaha gary squidward mr crab xjoin sekali ka. Plankton maybe ad tu terselit mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku musykil cemana sandy squirrel boleh terjebak duduk dlm laut |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 31-7-2021 10:12 AM
yg aku musykil cemana sandy squirrel boleh terjebak duduk dlm laut
Yang lagi hairan camne dia lrh kadi gf spongebob. Squirrel kut. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..sama lah macam incik crab...macamana anak dia ikan jerung eh paus...haa..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha comel
aku yg kertu ni masih nonton spongebob yach! |
|
|
|
|
|
|
|
This is absurd. Mungkin Stephen Hillenburg menemuinya terlebih dahulu lalu menginspirasikan penciptaan Spongebob |
|
|
|
|
|
|
|
wah. mesti ade resepi rahsia krabby patty tsembunyi kt sekitar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ala tomey nyer tapi cam na Patrik boleh susut |
|
|
|
|
|
|
|
Ni saintis Tik tok ke ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah lama ka menatang ni ada dalam laut? In fact, pencipta watak Spongebob Squarepants ni pun background dia dalam oceanology ka apa tak tau.. berenti dan cipta kartun based on knowledge dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 31-7-2021 11:12 AM
hahaha..sama lah macam incik crab...macamana anak dia ikan jerung eh paus...haa..
anak angkat tu |
|
|
|
|
|
|
|
my peberet kartun
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2021 11:23 AM
This is absurd. Mungkin Stephen Hillenburg menemuinya terlebih dahulu lalu menginspirasikan pencipta ...
Mmg lah. Sbb tu dia cipta spongebob. Dia mmg marine biologist or something like that. Cuma ini dijadikan berita sbb depa jumpa “spongebob” & “patrick” ni duduk sebelah menyebelah |
|
|
|
|
|
|
|
hahah..menatang span tu mmg ada dalam laut berzaman dah sebelum kartun tu dicipta..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|