CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2354|Reply: 0

Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Punggung Bayi Kita Merana!

[Copy link]
Post time 30-7-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Punggung Bayi Kita Merana!


Lihat dan rasa kulit bayi selepas lahir, putih mulus dan gebu bukan? Oleh kerana itu juga, kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa apabila kulit bayi mudah mengalami kerengsaan. Kerengsaan ialah satu keadaan dimana bayi rasa terganggu dan tidak senang. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

JANGAN BUAT 5 BENDA NI KALAU TAK NAK BAYI KITA TU MERANA



Kerap jugak kami jumpa bayi yang punggungnya tumbuh ruam sampaikan melecet teruk. Kadang tu luka siap bercampur dengan jangkitan kulat lagi. Ya Allah. Kesian sangat!

Bayi ni nak bercakap mengadu belum pandai. Itu yang asyik meraung sekuat-kuatnya. Sebak betul bila nampak situasi begitu. Ni saya nak kongsi 5 perkara yang kita kena elakkan supaya benda yang menyakitkan tu tak berlaku pada anak kita sendiri.



1. Jangan biarkan lampin dia lama tak bertukar. Tambah pulak kalau memang dah penuh dengan air kencing dan najis. Kuman minat benar berkumpul kat tempat lembab dan tercemar. Jadi kalau boleh, 2-3 jam sekali periksalah lampin dia tu.

2. Jangan pakaikan lampin terlampau ketat. Nanti flow udara di kawasan lampin tu tersekat dan punggung akan sentiasa lembab.

3. Jangan letakkan bedak dekat punggung anak tu. Selain nak elak daripada bahaya bahan kimia yang terkandung dalam bedak, kita jugak tak nak debu bedak yang bercampur baur dengan najis dan air kencing bertukar jadi medium subur untuk kuman beranak pinak.

4. Jangan biarkan punggung anak yang dah mula naik ruam macam tu je. Kadang kita ni duk fikir mudah. Alah, nanti okaylah balik tu. Jangan! At least apply lah “barrier cream” seperti zink oxide dan petroleum jelly.



5. Jangan selamba je guna tisu lembab bayi jenis yang ada alcohol dan bahan pewangi. Bila dah selalu sangat terkena bahan kimia, memanglah kulit bayi pun akan mudah meradang dan jadi alahan. Air suam dan kain bersih sebenarnya dah memadai untuk bersihkan punggung bayi.

Kalau dah usaha elakkan semua ni tapi ruam masih galak jugak duk kat punggung baby tu, cubalah bertukar pada jenis lampin bayi yang lain pulak.

Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang perkara ni. Tolong #share dengan mak ayah dan orang lain di luar sana yang belum tahu ye.

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.461012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list