Harga seekor kucing ditawarkan cuma RM500 tetapi seorang suri rumah kerugian hingga RM30,050 akibat ditipu oleh penjual haiwan jenis Munchkin itu, pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa yang berusia 56 tahun berminat untuk membeli kucing berkenaan selepas ia diiklankan di Facebook.
Gambar hiasan
"Setelah berbincang melalui aplikasi messenger di Facebook, mangsa setuju membeli kucing itu dengan harga RM500 dan memberikan butiran peribadinya kepada pihak penjual untuk tujuan kiriman secara pos ke rumahnya.
"Bayaran tersebut adalah 50 peratus daripada harga jualan dan bakinya dibayar selepas menerima kucing. Pada hari sama, mangsa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM150 melalui pindahan dalam talian dan bukti bayaran diberikan kepada pihak tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Beliau berkata, sepanjang urusan pembelian kucing itu, mangsa berurusan dengan beberapa nombor telefon yang antaranya meminta wang sebagai penjamin; insurans pembelian kucing; lesen pemilikan daripada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan upah kepada penghantar kucing.
"Mangsa dimaklumkan bahawa kesemua wang jaminan itu akan dipulangkan semula kepadanya jika proses selesai. Justeru, mangsa memasukkan kesemua wang tersebut ke dalam 10 akaun berbeza.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis pada Rabu setelah menyedari ditipu selepas kesemua nombor telefon tersebut menyekat nombor telefonnya sehingga dia tidak dapat menghubungi mereka," katanya.
Post time 29-7-2021 06:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CASH CASH CASH dah tua pon takde empati pada kucing stray yg teringin merasa duduk rumah selesa dan disayangi, ko nakkk jugak beli ye makcik? adan ukee
Itulah orang kata, kalau tak ada pengalaman nak beli kucing baka mahal ni, bertanyalah dalam group FB Kelab Kucing ke apa. Jangan main minat, nampak iklan terus contact penjualnya. Berdasarkan pengalaman sendiri beli kucing camni, deal sehabis boleh dan paling penting bersemuka dengan penjualnya. Dalam kes ni, Munchkin harga RM500? Macam tak kena. Time PKP main pos? Lagi tak kena. Kat situ boleh mula rasa curiga. Kalau ye pun, bersabarlah sampai tunggu PKP dilonggarkan. Nasib badanlah rugi sampai RM30K.
Post time 29-7-2021 08:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Malaya & scam bpisah tiada. Cni mmg lubuk scam. They NEVER learned. Toksah la beli apa2 dr fb ngn ig tuh. No money back guarantee. Beli kt platform niaga. Pet,kalo mgelumpoq sgt2 nk munchkin kaa maine coon kaa hat pelik2 tu p carik kt kedai. Buta2 burn 30k. Kucen xdpt,duit hanguss
Post time 29-7-2021 10:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau dalam fb tu, pernah ada orang post tanya macam mana nak buang microchip kucing & kata nak jual kucing tu.
1-2 hari lepas tu ada orang lain post kehilangan kucing yang sama. kucing tu kena curi rupanya.
cecepat pencuri tu hide post (tapi lepas tu dia up semula).
pasal scam kucing as pelaburan pun ada.