CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 13

Anak Menantu Buang Bapa Di Kuil Sebab Dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 29-7-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak 'membuang' bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19.


Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB).


Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai.


Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan.




Foto: Agensi




Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan meninggalkan bapa mereka di kuil itu pada Ahad lalu.


Ketika kejadian, suami isteri itu meninggalkan lelaki berkenaan bersama beg berisi pakaian sebelum berlalu pergi menaiki kereta.


Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham diberitahu, lelaki warga emas itu dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.


Lelaki tua itu berjalan dari kuil berkenaan pada Selasa sebelum dia ditemukan terbaring di satu laluan berhampiran.


Lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen kerana dia berasal dari situ.


Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.


Ketua kampung itu berkata, anak perempuan kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan bapanya sebegitu rupa kerana turut mendedahkan individu lain dengan jangkitan Covid-19.


Dalam pada, Bernama pada Selasa melaporkan Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.


Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jadah depa ni.
orang ada covid hantaq pi hospital la duk buang buang padia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:00 AM | Show all posts
kenapa la x dihantar ke hospital
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan depa, org lain kena kuarantin juga.. cess..

Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sanggup kau buang parents kau mcm tu
jijik punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:32 PM | Show all posts
adoi ngape la mak bapak kau tak buang kau waktu kecik dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggupnyelah anak n menantu pak cik ni buat mcm tu. Kenapalah x hntar je ke hospital? X pasal2 org lain pun kene kuarantin jugak. Harap2 anak n menantu tu positif covid jugak baru padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni takde dah istilah nak suruh anak jaga bila dah tua nanti. Kesian atuk ni, semoga beliau sembuh covid dan dapat menikmati hidup lebih baik di rumah org tua2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti dah memang nak buang apak dari dulu kan?
Da alang2 apak kena kobid haaa terus execute plan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya..msti down teruk apaknya tu..
msti ada yg ckp kena tgk jgk nape ank layan ayah gitu..mayb jaman kecik ayahnya xjaga anknya itew..nth jaga ke xjaga bg i bila org tua itu bernama ayah i akan jaga jer..lain lah kalau ayah tu jnis perogol..
dah tu yg p buang kt kuil tu dh nape..p la hantaq kt sepital
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pakcik ni. Dah tua2 harapkan anak menantu tok jaga & bela naaib, alih2 dibuangnya pula bapaknya.

X de hati perut betul anak menantu dia. Harap dpt pembalasan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak menantu tu dpt balasan. Semoga dorang pun merasa benda yang sama suatu hari nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:46 PM | Show all posts
fikir balik, nape orang tua ni je yg kene covid dalam family ni. dia degil merayau mcm nakharom ke ape sampai kena buang terus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.158047 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list