Biarpun gagal membawa sebarang pingat Olimpik buat Malaysia, namun kelibat pasangan Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara platform 10 meter seirama wanita tetap menggembirakan peminat sukan negara.
Namun apa yang lebih menariknya ialah apabila stesen televisyen berjaya menangkap aksi mencuit hati daripada Pandalela yang menyebut perkataan babi setelah keputusan diumumkan.
Ianya mendapat perhatian netizen sekaligus membuktikan bahawa dia anak jati Malaysia.
Foto : Twitter
Bagi netizen, ianya adalah perkataan yang hanya disebut oleh orang Malaysia ketika mengekspresikan rasa kecewa dan marah.
Terdahulu, seorang lagi atlit Olimpik, Jinq En juga turut menyebut perkataan 'penat giler' yang sangat kerap diucapkan oleh orang Malaysia ketika kepenatan.
Foto : Twitter
Ianya dipersetujui dengan rata-rata netizen turut memuktamadkan 'babi, penat giler' sebagai ayat yang popular saat ini. Malahan ada pula yang memberi komen mengenai parlimen pula.
Foto : Twitter
Apa pun, itu reaksi spontan, anda pun sama ke? - CARI
|