CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 10

Dua Beradik Gaduh Pegang Parang Dalam Kedai Bunga

[Copy link]
Post time 27-7-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Dua beradik ditahan polis selepas video pergaduhan mereka dengan memegang parang di sebuah kedai bunga di daerah ini tular di Facebook (FB).


Video berdurasi tiga minit itu dipercayai tular di laman sosial berkenaan, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki pada 1 tengah hari berkaitan pergaduhan itu pada hari kejadian.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, dua beradik lelaki 29 dan 36 tahun itu dipercayai bergaduh akibat hutang.


Foto: Harian Metro




"Mereka sudah pun ditahan pada 10 malam hari kejadian untuk membantu siasatan.


"Hasil semakan mendapati, kedua-duanya tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Adzli berkata, bagaimanapun dua beradik itu dibebaskan dengan jaminan polis.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.


"Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik ke media sosial, namun sebaliknya tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi maklumat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 10:29 AM | Show all posts
Adik beradik gaduh ke, atau gaduh dengan orang kedai tu?
Gila la sampai bawa parang
Nasib tak ada yang tercedera atau terbunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:18 AM | Show all posts
Ramai org emosi tak stabil zaman skrang nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa jangan lah sampai bawak parang bagai. Beradik kot... haih
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 27-7-2021 10:29 AM
Adik beradik gaduh ke, atau gaduh dengan orang kedai tu?
Gila la sampai bawa parang
Nasib tak ada  ...

Yg sy faham adik beradik bergaduh DI kedai bunga. Boleh jadi salah seorang tu tokey kedai bunga, staf kedai bunga ataupun secara xsengaja  jadi lokasi pergaduhan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bincang elok2 adik bradik kan boleh, ni sampai beparang bagai. X pasal2 dah jd kes polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 05:35 PM | Show all posts
pasal duit, adik beradik pun boleh bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman pkp ni semua org stress. Mmg normal la kalau depa ni pergi balai buat repot gaduh adik beradik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
gangster ni wei
nasib la xtertetak sesama sendiri kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Keling la kan maksudnya dek? Akak akan terkejut kalau yang pegang parang tersebut bangsa lain selain bangsa parang dekkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dua2 bergaduh pegang bunga pelik la pulak TT nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.169917 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list