CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 1

[Sabah] Covid19 26/07/2021

[Copy link]
Post time 27-7-2021 06:02 AM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu 151
Kalabakan 116
Tawau 72
Tuaran 53
Penampang 43
Papar 42
Sandakan 36
Beaufort 36
Beluran 30
Sipitang 26
Putatan 20
Keningau 15
Kota Belud 13
Kinabatangan 11
Kota Marudu 11
Tenom 10
Semporna 8
Kudat 7
Ranau 6
Lahad Datu 5
Telupid 3
Pitas 3
Kuala Penyu 2
Tongod 1

*Sifar (0)*
Kunak, Nabawan,
Tambunan

*Tidak ada kluster baru *

*Rumusan Harian (26/7)*

*Jumlah kes baharu COVID bagi negeri Sabah hari ini, 720 . *

*Sebanyak 331 kes atau 46%  penyumbang utama jumlah kes hari ini  adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 226 kes (31.4%) dan sarınan bergejala 103 (14.3%) Tiada kluster baharu hari ini.*




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 06:05 AM | Show all posts


Kontak rapat kekal penyumbang utama kes Covid-19 Sabah

Kota Kinabalu: Saringan kontak rapat kekal sebagai penyumbang utama kepada peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah.

Menurut jurucakap Covid-19 negeri ini, Datuk Seri Masidi Manjun, sebanyak 720 kss baharu telah dicatatkan hari ini.

“Sebanyak 331 kes (45.97 peratus) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat, diikuti tambahan kes dari Kluster Sedia Ada dengan 226 kes (31.39 peratus) dan Saringan Bergejala sebanyak 103 kes (14.31 peratus) dari kumulatif kes harian Negeri Sabah.

“Manakala, untuk Saringan Kluster, Kluster Agathis adalah penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 112 kes daripada keseluruhan 226 kes yang berpunca daripada Saringan Kluster,” katanya sambil berkata tiada penambahan kluster hari ini.

Jelas beliau, sejumlah 83.6 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam kalangan Kategori 1 dan Kategori 2.

” Kategori 1, iaitu sebanyak 255 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 347 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild).

“Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Masidi yang juga merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (151 kes), Kalabakan (116 kes) dan diikuti Tawau (72 kes).

Sementara itu, enam lagi kematian direkodkan di Sabah, dengan daerah Kota Kinabalu mencatatkan empat kes, manakala Kota Marudu dan Sandakan masing-masing dengan satu kes.

credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list