CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4705|Reply: 17

7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

[Copy link]
Post time 26-7-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari


KELEBIHAN SENAMAN PLANK

Pernah tak dengar orang kata, “Kalau rasa 1 minit tu sekejap, cubalah buat plank!”.

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal.

Jom kita semak kelebihan senaman plank !

KELEBIHAN SENAMAN PLANK
1. DAPAT MENGAKTIFKAN LEBIH BANYAK OTOT
Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’?

Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan !

Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa.


Kredit Foto : insider.com


KELEBIHAN SENAMAN PLANK

Pernah tak dengar orang kata, “Kalau rasa 1 minit tu sekejap, cubalah buat plank!”.

Walaupun nampak macam senaman statik dan mudah, sebenarnya posisi plank menggunakan banyak otot badan dan memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal.

Jom kita semak kelebihan senaman plank !

KELEBIHAN SENAMAN PLANK
1. DAPAT MENGAKTIFKAN LEBIH BANYAK OTOT
Tahukah anda sebenarnya plank memberi lebih banyak manfaat daripada senaman ‘sit-up’?

Berbanding senaman sit-up yang hanya fokus pada bahagian abdomen, senaman plank dapat fokus pada seluruh bahagian badan !

Senaman plank dapat melatih pelbagai kawasan otot seperti lengan, kaki, abdomen dan pinggul.

Jadi, senaman plank ini sesuai diamalkan bagi yang ingin menguatkan otot pada seluruh bahagian badan berbanding satu bahagian pada satu masa.


2. DAPAT MEMBAIKI POSTUR BADAN
Bagi yang bekerja di hadapan komputer, anda pasti mengalami masalah sakit bahu dan belakang akibat duduk terlalu lama.

Anda boleh tangani masalah ini dengan senaman plank!

Senaman ini sangat baik untuk membetulkan postur badan dengan menguatkan otot belakang, bahu, leher dan abdomen.

Ini dapat melatih anda mengekalkan posisi bahu dan pinggang yang betul ketika duduk.

Senaman plank juga dapat meningkatkan kekuatan isometrik pada otot abdomen bagi mengelakkan anda untuk membongkok ketika duduk.


Kredit Foto : indiatvnews.com

3. DAPAT MENINGKATKAN TAHAP FLEKSIBILITI BADAN
Senaman plank bukan sahaja baik untuk menguatkan otot, malah ia juga baik untuk meregangkan bahagian bawah badan.

Rutin regangan memberi manfaat kepada tubuh dengan meningkatkan lagi tahap fleksibiliti badan.

Jika anda ingin membuat regangan pada bahagian sisi, anda boleh berlatih posisi ‘side plank’ seperti di bawah.

Jika anda bosan dengan posisi plank biasa, terdapat banyak lagi posisi plank yang anda boleh cuba.


Kredit Foto : destinationdeluxe.com

4. SENAMAN PLANK BOLEH DIOLAH & DIPELBAGAIKAN MENGIKUT KESESUAIAN
Dalam melakukan senaman, jangan pula terlalu memaksa badan melebihi kemampuan.

Senaman plank ini boleh diolah mengikut tahap kekuatan badan.

Antara salah satu bentuk modifikasi yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan plank menggunakan kerusi terlebih dahulu.

Untuk ‘beginner’, anda boleh mulakan dengan menahan posisi selama 15 ke 30 saat.

Semakin anda sering berlatih, kekuatan badan akan meningkat.

Anda bolehlah menambah masa plank serta tukar posisi yang lebih mencabar kekuatan badan.



Kredit Foto : pumpsandiron.com

5. BAIK UNTUK MENCEGAH SAKIT BELAKANG
Rutin kerja yang memerlukan kita duduk pada masa yang lama serta gaya hidup yang kurang aktif membuatkan kita mudah mengalami sakit belakang.

Amalan senaman plank dapat mencegah seseorang daripada masalah ini.

Senaman plank yang menguatkan otot abdomen dapat mengurangkan beban daripada berat badan ketika kita berdiri dan duduk.

Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan masalah sakit belakang.


Kredit Foto : plainfieldchiropractic.com

6. BAIK UNTUK MELATIH IMBANGAN BADAN
Selain menguatkan otot badan, senaman plank juga berperanan dalam menstabilkan otot bagi meningkatkan kebolehan imbangan badan.

Badan bergantung kepada kekuatan abdomen bagi mendapatkan keseimbangan.

Antara aktiviti yang mementingkan imbangan badan ialahi berlari, berbasikal dan mendaki gunung.

Disamping membaiki imbangan badan, otot yang stabil juga dapat mengelakkan seseorang daripada mudah cedera ketika melakukan aktiviti fizikal.

7. MEMBANTU MENINGKAT METABOLISMA BADAN
Dengan rutin plank yang menguatkan kebanyakan otot badan pada satu masa, ia juga berupaya untuk membakar lebih banyak kalori.

Otot yang semakin kuat dan sihat dapat meningkatkan lagi tahap metabolisma badan serta mengurangkan risiko penghasilan lemak di badan yang boleh menyebabkan berat badan meningkat.

Senaman plank merupakan senaman yang sesuai bagi yang mempunyai kekangan masa untuk bersenam.

Anda cuma perlukan maksimum 2 ke 5 minit sehari untuk melakukan plank.

Senaman ini baik bagi menguatkan otot-otot badan serta baik untuk membaiki postur badan.


Kredit Foto : meathsports.ie

CARA BETUL BUAT SENAMAN PLANK
Inilah cara yang bet untuk melakukan plank:

Langkah 1: Pertama sekali merangkak dan angkat lutut dari lantai. Sekarang luruskan kaki anda untuk membuat tubuh anda lurus seperti sebuah papan (plank) sepenuhnya.

Langkah 2: Kaki anda harus selebar bahu dan telapak tangan anda harus tepat di bawah bahu anda, menekan lantai.

Langkah 3: Panjangkan tulang belakang anda dan latih otot perut, lengan, dan kaki Anda. Panjangkan bahagian belakang leher anda dan lihat ke bawah. (Jangan pandang depan tau!)

Langkah 4: Tahan posisi ini setidaknya 10-30 saat, lalu relaks. Ulangi sebanyak beberapa set dalam tempoh 2 hingga 5 minit.


JOM BUAT SENAMAN PLANK!

Bagi yang ingin mulakan senaman plank, anda boleh memilih posisi plank yang sesuai bergantung kepada tahap kekuatan badan.

Jika sudah mahir, anda boleh mara ke posisi yang lebih mencabar dan tingkatkan lagi masa plank.

Jangan lupa untuk kekal aktif walaupun hanya duduk di rumah.

Dengan adanya senaman plank, kini anda boleh bersenam dengan lebih mudah dan berkesan.

Selamat mencuba!

Sumber:https://siraplimau.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku buat...mula2 ..baru Kiraan 5 dh tumbang..now 1 minit....mmg badan cepat turun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak senang tp bila buat xsempat kira smpai 5 dh stop
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa, time baca semangat nk buat. Time nak buat, syaitonirrojim bisik esoklahh. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah..buat 20 seconds pn terketar2 badan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ophillea replied at 26-7-2021 09:36 PM
Macam biasa, time baca semangat nk buat. Time nak buat, syaitonirrojim bisik esoklahh. Hmmm

Hahaha sama la...acah2 je i ollz...bile nak buat adeh esk la...nanti la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Senaman yg paling senang. 2 min cukup. Dah tercungap2 macam ikan naik ke darat. Buat hari2. Mmg naik 6 pax. Betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu plank dgn nuckles atas tar. Now pakai lutut pon taklarat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 10:32 PM | Show all posts
Elbow plank 1 minit sehari je yang lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
my_irina replied at 26-7-2021 09:56 PM
Hahaha sama la...acah2 je i ollz...bile nak buat adeh esk la...nanti la

Ade je alasan nak mengelat kan. Cuti nie sempat la buat if sebab bangun lambat. Fully masuk keja nnt tah la. Mau pagi2 menggigih cari sarapan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggigil tangan nak habiskan 30 saat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 09:02 AM | Show all posts
susahnya nak konsisten buat ni..semput
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
balik nanti nak buat lah..
lama tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aii plank workout senang je buatnya..banyak2 work out y paling  azab nak buat ialah squat.aii perna dulu ikut chalenge omputih konon.30days challenge buat 30 times sehari..3 hari tu yaaaa allah aiii ingatkan peha aii tercabut,sakit sangat nak jalan nak2 lagi jika nak ke tandas.dah complete 30 days,my butt aii tak rasa diabertumbuh cuma dia  montok,pejal serta tegang.selulit pun semua hilang serta merta
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 09:40 PM | Show all posts
Senaman mmg ada pros & cons. Contoh cons adalah kelebihan senaman tidak baik untuk lutut. Tetapi pro's memang outweighs cons.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 03:04 PM | Show all posts
Perk77 replied at 26-7-2021 09:28 PM
Aku buat...mula2 ..baru Kiraan 5 dh tumbang..now 1 minit....mmg badan cepat turun...

Eh betul eh? nk buat jugak la. Down sekarang bila jumpa ipar duai asyik kena tegur gemuklaa sekarang. nak start buatla gini. Dapat turun sikit pun jadikla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blakerainer at 2-11-2021 07:29 PM

Plank ni dlm workout routine iols. Skrg dh boleh hold 4 minit straight. Masa beginner dulu nk hold 10 secs pon bergegar satu badan. Dh dekat 2 tahun amalkan plank, benefitnya tak banyak tp npk perubahan kt  posture and kurangkan muscle strain bila buat keje. Others mcm perut flat, six pack tu myths je. Utk abs, selain plank boleh buat russian twist sekali. Iols buat exercise simple2 je janji keluar peluh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:17 PM | Show all posts
Nicely written about Benefits of Plank Exercise. Plank is one of the best exercises that provides various advantages to your body and strengthens muscles.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064997 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list