CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7574|Reply: 65

Kematian Dan Kemasukan Ke ICU Meningkat, Sistem Kesihatan Malaysia Di Tahap Krit

[Copy link]
Post time 26-7-2021 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun 17 juta dos suntikan vaksin Covid-19 sudah diberi kepada warganegara dan bukan warganegara namun jumlah jangkitan baharu terus bertambah dan semalam mencecah 1 juta kes sejak kes pertama dikesan di negara ini, Februari tahun lalu.


Menurut beberapa pakar kesihatan yang ditemu bual, trend ini boleh berterusan untuk dua hingga tiga bulan lagi kerana virus itu sudah menular dalam komuniti dengan kadar kematian dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan membimbangkan.


Malaysia mencatat 17,045 kes baharu semalam yang juga jumlah kes harian tertinggi setakat ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,013,438 kes.


Pakar Virologi Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, kes harian akan terus merekodkan peningkatan kerana wabak itu menular dalam komuniti selain ujian saringan giat dilakukan.



Foto: Harian Metro





"Angka kes harian yang tinggi tidak menjadi kebimbangan pakar kesihatan ketika ini kerana 99 peratus daripada mereka akan pulih.


"Apa yang membimbangkan kadar kematian dan kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi tidak menunjukkan penurunan. Ia menggambarkan sistem kesihatan di tahap kritikal," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 0.8 ketika ini berbanding 0.3 sebelumnya, iaitu purata setiap 1,000 individu dikesan positif Covid-19, lapan daripadanya meninggal dunia.


Justeru, katanya, tindakan lebih drastik perlu dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya menyediakan petugas kesihatan mencukupi, tambahan ventilator dan rawatan optimum bagi memastikan sistem kesihatan tidak lumpuh.


Selain itu, beliau berkata, persediaan membabitkan urusan jenazah perlu dilakukan termasuk memperbesarkan tanah perkuburan bagi menampung jumlah kematian yang meningkat.


"Bagi mengelak penularan wabak lebih besar dan membahayakan, rakyat perlu dipastikan mendapat vaksinasi terutama golongan berisiko berusia 50 tahun ke atas.


"Setiap individu perlu memastikan diri dan keluarga dilindungi dengan vaksin selain mengamalkan norma baharu iaitu memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap melakukan sanitasi," katanya.


Menurutnya, penamatan sekatan pergerakan penuh (SPP) dan pembukaan semula sektor ekonomi boleh dilakukan jika rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Karajaan malaysia perlu buat darurat sahingga habis covid..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 26-7-2021 10:23 AM

Walaupun dah 17 juta dos tapi jumlah yg lengkap 2 dos cuma 5.4 juta (16.5%), sebulan sebelum tu 24 Jun 1.9 juta lengkap 2 dos (5.8%). Masa awal2 start PICK, priority kat golongan comorbid dan warga emas. Dalam 5.4 juta tu agaknye berapa ramai bukan golongan warga emas dan comorbid yg lengkap 2 dos.

Sekarang ni mintak jauh utk sakit teruk sampai perlukan rawatan kat hospital sebab sistem kesihatan dalam keadaan kritikal, sedih baca macam2 kisah yg cuba dapatkan rawatan kat hospital skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi ni group sekolah kaka siap mencari petugas tayammum wanita.. Kesian xcukup sbb rmi dh burn out.. Sampai yang sedia ada pon dh xlarat.. So korg jaga diri elok2.. Ada kad takaful ke insurance ke xguna gk. Bed kt klang valley dh byk penuh.. Xde kabel jgn hrp nk cpt admit.. Tidur kt lantai sblh mnyebelah dgn mayat tu dh normal yach.. So jgn jatuh sakit.. Jaga kesihatan and pls stay safe..

health system kita bukan kritikal tp dh tenggelam.. and hartal movement today make it worst!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tengok realiti kt ig anakrahmat.mak dia nak potong kaki pon smpi kena tunggu lps 20hosp br dpt tmpt.. Sedih sgt.. Huhu... Tlg jgn selfish and jgn la jjcm sgala... Gi rumah jiran pon xpyh.. Xsusah pon instruction duduk di rumah tu.. Ngaji la byk2.. Bt benda2 yg manfaat.. Moga Allah angkat bala ni cpt2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:30 AM | Show all posts
nazak dah malaysia sekarang, masa sekarang jangan sakit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang orang kita ni, aku nak lempang jeeee dahi tu, biar common damn sense tu bangun. Apa lagi nak didegilkan sangat pun aku tak tau laaa...! Baik dari vvvvvvvvip sampai ke marhaen, termasuk pati tu

Konon kebal dari kobid, ahhh pooodahhhhh! Dah nafas tinggal 20% merangkak ko pergi hospital mintak panjang nyawa. Macam orang lain takde kes2 kesihatan serius lain yang perlukan perhatian.

Lepas ni kluster apa aku pun tak tau la. Mintak jauh la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:37 AM | Show all posts
Insaf akuu
Duklah rumah diam2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bed icu capacity dah nak sampai 1000 bed utk covid, total icu bed sluruh negara lbh kurang 1388 , kirenye utk penyakit2 lain yg excident dll yg kne icu kne berebut bed icu yg 300 lebih tu..utk ventilator skrg 500 unit tgh digunakan tp ade seribu lebih unit seluruh negara kire ok sket
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:39 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 25-7-2021 10:42 PM
Normabaru replied at 25-7-2021 10:19 PM
Boleh tengok realiti kt ig anakrahmat.mak dia nak potong kaki pon smpi kena tunggu lps 20hosp br dpt ...

Terima kasih Norma atas perkongsian dan peringatan. Semoga Allah angkat bala ini cepat, Aamiin.

  

  

  

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan baru buat operation buang breast canser di private tp ditanggung hospital gov sebab hospital tu dah jd covid hospital. Maybe private hospital bg guna fasiliti tp tetap Dr pakar gov yg buat operation.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat group ibu hamil,ada ibu baru bersalin share dia bersalin kat SJMC tapi ditanggung kerajaan...rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 26-7-2021 10:39 AM
Terima kasih Norma atas perkongsian dan peringatan. Semoga Allah angkat bala ini cepat, Aamiin.[/b ...

Sama2 kekkung.. Lamaa xborak. kekkung sihat? matriye haji
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:51 AM | Show all posts
malaysia is doomed.takziah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:08 PM | Show all posts
aku dah dapat byk sharing thru ws on post vax...
KKM haram x ckp apa.. dats y ramai kena covid slps vax.. masing2 ingat kebal.. x jaga SOP.. sekali kena lagi truk dari yg blm vax
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:08 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 26-7-2021 12:18 AM
Normabaru replied at 25-7-2021 11:21 PM
Sama2 kekkung.. Lamaa xborak. kekkung sihat? matriye haji

Selamat Hari Raya Haji, Norma. Ye lama kita tak borak. Alhamdulillah saya sihat. Semoga Norma & keluarga sihat sejahtera semuanya, Aamiin.

Skrg memang kena berkempen kpd org ramai agar jangan jatuh sakit. Sebab sektor kesihatan negara memang dah lumpuh. Berita2 macam ni kerajaan sorok, nak tau keadaan sebenar kena tanya para petugas kesihatan sendiri. Dan satu persatu hospital bertukar status jadi Hospital Full Covid-19. Terbaharu, Hospital Selayang.



Bila baca bahagian komen, kesian pesakit yg sedia ada kerna mereka hilang arah tak tau nak rujuk ke mana selepas hospital tutup utk rawatan pesakit selain covid. Dan terlalu banyak kematian yg berlaku sekarang.


Sumber: https://www.facebook.com/selayanghospital/posts/10159414665352566
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 12:10 PM | Show all posts
kalau tgk statistik KKM tgk sama je bilangan ICU and Intubated day by day...
data tak betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:11 PM | Show all posts
hospital dah kritikal, bed usage pun dah tinggi, tu pun ada plan nak move ke next phase..geram je aku dgr..ritu cakap lain, lepaas tu buat lain..apa drg pikir pun tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pati saja dah berapa kott...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 26-7-2021 12:10 PM
kalau tgk statistik KKM tgk sama je bilangan ICU and Intubated day by day...
data tak betul ke?

Data yang mati (out from statistik ICU & incubated) n yang kes baru lebih kurang sama banyak. Mcm xnmpk perbezaan sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.232428 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list