CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1066|Reply: 0

[Sarawak] JPJ Sarawak tambah slot temu janji

[Copy link]
Post time 25-7-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan memberi tempoh masa kepada pemandu di Sarawak untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sehingga 30 September ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, agensi berkenaan juga akan menambah jumlah slot daripada 70 menjadi 100 slot temu janji bagi memudahkan orang awam berurusan di kaunter.

Menurutnya, janji temu berkenaan termasuk pembayaran perkhidmatan pengangkutan termasuk pembaharuan cukai jalan dan pendaftaran kenderaan.

"Ia membolehkan lebih banyak orang awam dilayan dan akan membantu mengurangkan masa menunggu tempahan dalam talian," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kementerian telah menerima aduan dan maklum balas mengenai kesukaran membuat janji temu secara dalam talian melalui Facebook JPJ Sarawak.

"Slot temu janji habis dengan cepat disebabkan kuota terhad yang diperuntukkan di setiap kaunter untuk memenuhi keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk perkhidmatan kaunter awam,” katanya.

JPJ Sarawak juga meningkatkan kapasiti kakitangan yang bekerja daripada 50 peratus menjadi 60 peratus mulai 26 Julai ini selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Beliau juga mengakui, JPJ Sarawak membuat panggilan semula pelanggan bagi membolehkan lebih banyak orang awam dilayan dan membantu mengurangkan masa menunggu tempahan dalam talian.

Kredit gambar Lee Kim Shin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.408470 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list