View: 1613|Reply: 9
|
Guru Nak Cabar Peraturan Sekolah Tak Benar Cuti Lebih Sehari Sambut Aidiladha
[Copy link]
|
|
Beberapa guru Muslim di sebuah sekolah di tenggara England terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Metro melaporkan, kejadian itu berlaku di Sekolah Arbour Vale di Slough, baru-baru ini.
Kumpulan guru tersebut dibenarkan mengambil cuti bergaji sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha kerana kebanyakannya sudah menggunakan cuti tahun untuk Hari Raya Aidilfitri.
Kredit foto: AFP
Sehubungan itu, kumpulan guru berkenaan cuba mencabar peraturan tersebut, namun mereka perlu melakukannya secara berhati-hati memandangkan sekolah terbabit turut memperkenalkan satu lagi polisi baharu yang menyatakan guru tidak dibenarkan bercakap atau memberi sebarang kenyataan kepada media.
“Saya akan perjuangkan isu ini dan saya akan bersuara. Ini bukanlah soal dibayar gaji atau tidak, tetapi lebih kepada isu berkaitan prinsip. Mereka tidak mahu faham atau ambil tahu,” kata seorang daripada guru tersebut.
Setiausaha kesatuan kerja Slough, Anthony Bardose berkata, dipaksa bekerja pada hari perayaan amat tidak munasabah.
Katanya, perayaan perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, bukannya secara terpaksa dan dalam keadaan tertekan.
Beliau juga mengkritik polisi baharu sekolah tersebut yang melarang guru daripada bercakap kepada media.
“Mereka (pihak sekolah) sengaja mewujudkan polisi ini supaya golongan guru takut untuk bersuara, sekali gus mendiamkan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini pun sehari apedehal..kecuali negeri serambi lah |
|
|
|
|
|
|
|
raya korban sana berapa hari cuti? sebelum kes ni la |
|
|
|
|
|
|
|
Senang je, kurangkan cuti aidilfitri, lebihkan cuti aidiladha. Jgn la nak abuse cuti. Kang nama muslim juga yg buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pun cuti sehari ja... -_____- |
|
|
|
|
|
|
|
Raya haji ni macam hari biasa ja kat tempat aku. Culture shock aku bila tahu di Semenanjung setaraf raya Aidilfitri meriahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau peraturan tu just level sekolah jer mmg wajarlah dilawan....tp kalo tu mmg national punya dasar xkan nak lawan plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh kat Malaysia bukan seminggu ke cuti raya haji ni? Adik iolss still tak start pdpr lg. Hari isnin baru start. Kalau paling sikit pon 2 hari sbb kat kalendar 2 hari cuti aidiladha |
|
|
|
|
|
|
|
ak x fhm , ke cikgu2 tu yg abes annual leave , so terpaksa guna unpaid leave. klu mmg annual leave dh habis, standard la kena guna unpaid leave. klu ada lg annual leave apsal x boleh guna pulak. yg tu fight la. mcm pelik je.suka hati la nk guna annual leave bila2 masa, 2-3 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Beribear: Eh kat Malaysia bukan seminggu ke cuti raya haji ni? Adik iolss still tak start pdpr lg. Hari isnin baru start. Kalau paling sikit pon 2 hari sbb kat ...
Takde pdpr sebab ni cuti mid semester kalau xsilap |
|
|
|
|
|
|
| |
|