View: 26140|Reply: 268
|
Syed Saddiq mohon simpati n sumbangan anda mahu bayar ikat jamin RM330,000 skali
[Copy link]
|
|
BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.
“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.
“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.
“Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.
“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya.
Menurut Syed Saddiq, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.
“Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir… namun kali ini agak jrang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman,” ujarnya lagi.
Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.
Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.
Dalam pada itu, TMJ memuat naik beberapa ig story mengulas apa yang sedang berlaku kepada Syed Saddiq |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmmm....... Khotteinnn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 23-7-2021 07:55 AM
Ye Sedsodek. Donno how your mom end up dengan bapak ko buroh binaan kat Spork tu but they did a good job & are proud parents. Aku vote ko jadi the next piyem kat poll bodow tu aritu. Kalo betoi ko boley walk the talk.. RM300k tu ape bende? Duit judi geng kayangan tu je.. Eh skrol balek. RM1 jota. Duit maen2 deme je. Kat tanah melayu ney orang maen beliyun2 je sekali tibai..
Kamu nak cuci nama pegi kawen je la. Anak2 raje tu pon serupe ko berlambak makwe. Ape beze? Kan sekor2 clean up lepeh kawen.. So ko pilih la bakal FLOM ko tu elok2. Aku tak ponah tengok pon anak raje memane masok Hardtalk BBC tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
50sen pun...baik buat beli telur sebiji. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 23-7-2021 03:06 AM
Sibuk aje yang sorang tu. Walaupun aku tak minat Syed Saddiq ni, tapi yang sorang tu lagi la menyampah
Taktau la nak kata apa dik. Tapi dia kasi laptop semua dekat orang Muar tu. Ada juga la inisiatif berbanding yang lain2 yang dah tua tu. Pasal kes ni taktau la nak komen. Innocent until proven guilty lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rindu komen Dik Nah dan Peyno
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 23-7-2021 03:03 AM
Pernah kawin reptilian?
belum. baru nak try |
|
|
|
|
|
|
|
wont say anything ambik prinsip kalau terbukti di mahakamah manusia bersalah then okay . but as for now, no comment on his statuslah bersalah ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
330k tak ada? acc kena freeze ke ? bukan dlu gaji dia 30k ke sebulan sbg MP n menteri selama 22 bulan........ buat apa duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
anyway, iols speechless betul putera raja downgrade dekat sosial media.... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 23-7-2021 02:01 AM
Ye Sedsodek. Donno how your mom end up dengan bapak ko buroh binaan kat Spork tu but they did a goo ...
Setakat 300k suruh dia mintak atok laa.kawen la apa laa..mendee??cer baca pertuduhan kes dia.aku yg pro ph ni kesal sgt puak2 ph bersolidariti dgn budak ni.neverr learn....... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kejadah orang ramai nak sumbang duit dekat ahli politik yang banyak duit dan bergaji lebat? Itu kebodohan namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 23-7-2021 04:48 AM
Apa kejadah orang ramai nak sumbang duit dekat ahli politik yang banyak duit dan bergaji lebat? Itu ...
tu la, dah knp minta kat rakyat jelata plak. kwn2 org politik xde yg blh hulur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat akak percaya kegigihan dia membantu sana sini adalah untuk membeli jiwa dan mensucikan diri sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarah82 at 23-7-2021 07:21 AM
Dari aku bagi duit kat ang sadiq.. Aku beli makanan makcik tepi jalan lagi sedap. Dan opkos aku sokong ekonomi malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana akaun no dia? Nak sedekah Jumaat nih. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 23-7-2021 02:53 AM
Kawen dengan aku dulu.
Hahaha ko mmg win pepagi ni
Klo btuiii dia setuju ko sure serupa mcm mauuu pengsang maaa..ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|