View: 1612|Reply: 10
|
Dua Jam Pujuk Wanita 'Lepak' Atas Pokok
[Copy link]
|
|
LIPIS - Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai mengalami gangguan mental untuk turun daripada pokok dalam kejadian di Kampung Keledek di sini pada Rabu malam.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.16 malam.
Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/22/165253j4rzb3u4ouo1bfd0.png) Foto: Sinar
Anggota bomba berusaha memujuk seorang wanita yang dipercayai alami gangguan mental di Kampung Keledek pada Rabu malam. FOTO: Ihsan Bomba
"Sebaik tiba di tempat kejadian seorang wanita didapati berada di atas sebatang pokok. Bagaimanapun anggota terlibat berjaya memujuk wanita terbabit dengan mengajaknya turun untuk minum dan bersembang bersama mereka.
"Mereka (bomba) mengambil masa kira-kira dua jam untuk memujuk dan menyelamatkan wanita terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Shahrul Nizam berkata, wanita terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarganya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejurus selepas itu. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan nak prank orang jd pontianak... |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu password dari perompak gua ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar sungguh abam bomba memujuk sampai dua jam baru nak turun kalau ahli keluarganya sendiri belum tentu mahu sesabar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la kalau mental panjat pokok,daripada ko bawak keta,masuk haiway.naya orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis: Elok la kalau mental panjat pokok,daripada ko bawak keta,masuk haiway.naya orang lain
sgt betoii |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah terbahak2 aku gelkak baca komen ko ni ahhh..![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian akak ni
salute abg2 bomba selamatkan akk ni |
|
|
|
|
|
|
|
luas betul skop kerja bomba&penyelamat ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
..lein kali tak yahh pujuk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|