CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat perlu waspada, jangan bersekongkol bawa PATI

[Copy link]
Post time 21-7-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat perlu waspada, jangan bersekongkol bawa PATI

Dr Annuar ketika mengulas mengenai kes Varian Sibu yang dikesan di Sibu menerusi siaran langsung Facebook.

SIBU: Rakyat diminta memberi kerjasama untuk tidak berkompromi dalam urusan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS), Dr Annuar Rapaee berkata, rakyat diminta berhati-hati kerana PATI datang secara haram tanpa melalui proses kuarantin.

"Kita sudah berusaha keras mengurangkan jumlah kes di Sarawak, mohonlah jangan bersekongkol dengan membawa PATI masuk ke Sarawak demi keselamatan negara dan kesihatan rakyat di negeri ini," tegasnya pada siaran langsung menerusi Facebook sebentar tadi.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam berkata demikian ketika mengulas mengenai satu kes baharu, Varian Delta yang telah dikesan di Sibu.

Beliau mengesahkan satu kes baharu, Varian Delta telah dikesan di Sibu dan kes disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melibatkan seorang PATI warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lepas.

"Kes tersebut telah diambil ujian saringan PCR pada 7 Julai dan didapati positif COVID-19. Sampel telah dihantar ke UNIMAS untuk ujian pengesahan dan kemudiannya ditahan di Hospital Sibu sejak hari tersebut," katanya.

Seorang lagi pendatang tanpa izin yang memasuki Sarawak bersama-sama kes itu didapati negatif namun masih ditahan di sebuah pusat kuarantin di sini untuk tempoh 21 hari, sementara dua orang warga tempatan yang menjadi kontak kepada kes berkenaan turut dikuarantin untuk tempoh sama.

"Sehubungan itu, penduduk Sibu harus berwaspada dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) iaitu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan elak ke tempat orang ramai berkumpul walaupun sudah menerima vaksin," ujarnya.

Sementara itu, Dr Annuar memberitahu, penjelasan terperinci mengenai Varian Delta akan dilakukan menerusi siaran langsung Facebooknya pada Sabtu ini.
Mengulas mengenai laporan harian COVID-19 di bahagian Sibu, Dr Annuar memberitahu, Sibu mencatatkan 15 kes hari ini melibatkan lapan kes di kawasan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), tiga kes di Sibu Jaya dan empat kes di kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

"Jika dilihat pada peta di kawasan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), hanya dua zon masih berada dalam zon jingga manakala zon-zon lain sudahpun betukar ke warna kuning dan hijau," jelasnya.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, jumlah vaksinasi di bahagian sibu 201,074 sudah mendapat dos pertama manakala 122,886 sudahpun lengkap dua dos vaksin.


utusan borneo 2021-07-21T19:44:58+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085554 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list