Edited by Vellfire at 19-7-2021 01:05 PM
COVID-19: 301 kes baharu, tiga kematian direkodkan di Sarawak hari iniKUCHING: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 71,601 dengan pertambahan 301 kes baharu direkodkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, Kuching merekod kes harian tertinggi iaitu 193 diikuti Bau (26), Sarikei (23), Sibu (8), Sri Aman (6), Mukah (5), Samarahan (5), Saratok ( 4) dan Bintulu (3).
Daerah lain yang merekodkan kes ialah Kapit (3), Lundu (3), Song (3), Meradong (2), Serian 2), Telang Usan (2), Kabong (1), Kanowit (1), Simunjan (1).
“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 187 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 36 kes libatkan individu dalam kluster aktif sedia ada. Manakala 26 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 49 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan tiga lagi kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Sarawak 447 setakat ini.
“Kes kematian ini membabitkan wanita berusia 50 tahun dari Kuching. Mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mempunyai penyakit darah tinggi dan dislipidemia.
“Kes kematian kedua hari ini melibatkan warga emas lelaki berumur 76 tahun berasal dari Sarikei. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sarikei. Dia mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.
“Manakala kes kematian ke-447 juga seorang warga emas lelaki, 79 tahun dari Bukit Mabong. Jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Kapit dan dia tidak mempunyai ko-morbid,” jelasnya.
Sementara itu, terdapat 514 kes pulih dan dibenar discaj hari ini manakala jumlah kes masih aktif di wad hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di seluruh negeri seramai 4,609 orang.
utusan borneo 2021-07-19T17:18:39+08:00
|