View: 29760|Reply: 180
|
"I stand with you, Ebit Lew," kata Najib Razak. Ustaz Kazim Elias pun
[Copy link]
|
|
Nampaknya isu misi bantuan Gaza antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi bualan hangat netizen gara-gara Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berjanji akan membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza pada Rabu ini.
Caprice juga menjelaskan bahawa pendedahan yang akan dibuat bukan disebabkan rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.
"Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.
"Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah."
"Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam," tulis Caprice.
Melihat di laman facebook mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak mula memuat naik status menyatakan sokongan padu terhadap Ustaz Ebit Lew dan mempersoalkan kenapa Ebit Lew dikritik disaat baru kehilangan ayahnya yang tersayang.
"Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?
"I stand with you, Ebit Lew," - tulisnya.
Penceramah bebas, Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias juga memuat naik status di laman sosial berkenaan kesalahan mencari kesalahan orang lain.
Rata-rata netizen mengaitkan perkongsian status tersebut sebagai teguran buat Caprice.
"Cari salah orang memang jumpa la..Kenapa x cari salah sendiri terlebih dahulu."
"Mencari2 dan mencipta kesalahan orang lain itu sudah menjadi satu kesalahan.
Menjadikan netizen menyumpah menyeranah kerana perbuatan mencari2 kesalahan yg kita ciptakan jgk merupakan suatu kesalahan."
"Mengutuk, menghina orang yg dikatakan bersalah sedangkan dia belum terbukti bersalah jgk satu kesalahan, hnya lantaran terpengaruh dgn dakwaan org lain."
"Banyaknya kaitan salah krn menyalahkan orang lain sedangkan yg dikatakan bersalah belum tentu bersalah sebaliknya dialah yg sebenarnya sudah bersalah awal-awal lg kerana mungkin memfitnah, mengadu domba dan mengaibkan org."
"Hormatlah org.. apatah lagi yg lebih tua drp anda."
"Bila dah terasa lebih pandai drp org, itu satu penyakt sebenarnya. kena dirawat cepat takpun divaksin terlebih dahulu " tulis UKE.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan nasihat Ustaz kazim.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menzahirkan kata-kata semangat Ustaz Ebit Lew (UEL).
"Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz," tulis Tunku Ismail menerusi Instagramnya sebelum ini.
Dalam pada itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan secara damai.
"Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai," ujar Dr Zulkifli. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kemenangan 1-0 buat UEL
tokoh2 negara semua sokong UEL..ariz ramli siapa je sokong
apa pun... lambatnya hari rabu |
|
|
|
|
|
|
|
ariz ramli... sian ke dia..
tapi mek pun tggu rabu lah |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat ig caprice dia mintak maaf. Ada lagi ke 21hb ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap penyokong akan ada satu thread ya? |
|
|
|
|
|
|
|
dah uturn ke tu? tu aku rasa mamat ni dia tak tahu cara orang2 lama, gomen bekerja untuk cuba bagi bantuan kat gaza kot.ada benda ko kena follow the flow..tak boleh ikut cara keras atau buat kecoh je bila tak dapat masuk..mungkin dulu senang tapi sekarang lg ketat? nak masuk tempat orang kot mesti banyak caranya..lagi pun ko kali pertama pergi sana kan?? rilek2 la....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul dia berani letak nyawa macam dia cakap untuk dedah..tak ada nya awal2 ritu nak bagi deadline bagai.. dedahkan terus je la...
nampak sangat acah2 last2 minta maaf seperti dijangka
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahahahahahahaahha |
|
|
|
|
|
|
|
wahh.orang besar semua sokong UEL..UEL tersandaq lega... |
|
|
|
|
|
|
|
watatakut replied at 19-7-2021 10:05 AM
dah uturn ke tu? tu aku rasa mamat ni dia tak tahu cara orang2 lama, gomen bekerja untuk cuba bagi ...
Ada urang pigang tontolou ko ni kan Ariz? |
|
|
|
|
|
|
|
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Lebih gelabah aje budak ni. Sekarang dah malu. Cepat balik, jumpa doktor, biar doktor diagnose, boleh dapat ubat.
Kita ni dah lama tahu pasal Fattah & Hamas. Pasal duit-duit yang dikutip NGO sampai ke mana..
Rilex-rilex sudah, buat kerja, buat perubahan senyap-senyap aje.
Rasanya budak ni nak kejar politicak milage, lupa apa hashtag dia, pasal 2040. Nak jadi PM 2040 rasanya ni. Laju sangat dik.
Kalau Ngah salah sila tergur ya. Selamat Hari Raya Aidiladha. Stay safe everyone. |
|
|
|
|
|
|
|
miemiecha replied at 19-7-2021 10:01 AM
ariz ramli... sian ke dia..
tapi mek pun tggu rabu lah
Tak jadi dia dh u turn |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn nak katala... Bkn dlm bnda mcmtu je...dlm pkerjaan pun bkn semua bnda nak lurus ja ..msti ada tintangan ..& btul ckp org komen sblm ni... Kna follow the flow la... Mgkn sbb pmikirn gen y n main hambur ja...kna maafkanla |
|
|
|
|
|
|
|
Wrong move caprice. And stupid.
Aku taklah sampai tahap memuja UEL. Tapi walau dia menangis sayu buat video sampai orang get annoyed pun tapi dia bantu orang. Itu satu satunya benda yang bukan semua orang mampu buat. Dia ke hulu ke hilir cari orang susah bantu and dia rakam sebab duit tu duit orang ramai juga. Perangai dia yang suka sangat kamera tu lantak pi lah dah dia suka tapi dia tak kacau orang jadi kenapa orang kacau dia? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke najibon ni pm yg suka memberi pada rakyat jugak cuma 1 utk kau 2 utk aku h2O tu pulok kazen dia. si caprut tu takdan2 nak kecoh bongok dah tau lawan ko sape; bala tentera pentaksub + ahli politik + raja. patut prepare dulu mental kasi kental + bukti kukuh sedia utk patahkan hujah + drop the bomb in single attack, bukan hari2 hint ala mengugut mcm tunggu habuan. last2 mintak maaf jd badut bahan jenaka orang. |
|
|
|
|
|
|
|
so dah cancel lah 21 haribulan ni? penat iols order kuih raya bagai hengatkan lagi banyak nak spill tea |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg aku tengok caprice ni angkuh. ..FW pun sama ....
Buat malu je awak tu taraf agamawan tapi masuk campur menyalahkan EL...EL ni X dela meroyan melawan aku tengok. .
Nak tuduh aku pencacai EL...silakan sebab X semua cara EL ni aku setuju cth showoff apa dia buat tepek kat fb semua dan siap bercaption bagai....sampai hal bini bersayang pun nk tunjuk. ..cuma hal dia bantu sesama manusia yg susah tu dia mendahului semua mmg aku salute |
|
|
|
|
|
|
|
Lerr aku ingat ni thread CI.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|