View: 2078|Reply: 5
|
[Sarawak]
Kemalangan berantai ...
[Copy link]
|
|
Kemalangan berantai di lampu isyarat JPJ Batu 5 Bintulu pagi tadi yg melibatkan 2 buah treller , 3 buah kenderaan pacuan empat roda dan 4 buah motorkar.
Dalam kemalangan tersebut, 3 orang mangsa mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital bintulu manakala 2 mangsa lagi dihantar menggunakan EMRS dan 1 mangsa menggunakan ambulan hospital Bintulu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan Berantai: 11 kenderaan terlibat, mujur tiada mangsa cedera parah
BINTULU: Tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah dan hanya tiga mangsa telah dihantar untuk rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bintulu susulan kemalangan berantai yang telah dikenal pasti melibatkan 11 buah kenderaan hari ini.
Kemalangan itu berlaku di laluan menuruni bukit ke arah pusat bandar Bintulu sebelum lampu isyarat berdekatan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu 5 di sini pada jam 10.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, 11 buah kenderaan yang terlibat kemalangan itu terdiri empat buah lori, dua buah pacuan empat roda (4WD), empat buah kereta dan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang kesemua bergerak dari arah laluan yang sama menuju ke pusat bandar Bintulu.
"Siasatan awal di tempat kejadian kemalangan berpunca dari kecuaian sebuah lori membawa muatan baja yang hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori kecil dan lori kecil tersebut merempuh sebuah lori `dumper'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa yang sama katanya, lori baja tersebut merempuh sebuah pacuan empat roda lalu berlaku senario (perlanggaran) membabitkan lapan buah kenderaan lain iaitu perlanggaran secara berderetan dari arah belakang.
"Semasa kemalangan kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan parah, hanya tiga orang mangsa dirawat di hospital sebagai pesakit luar," jelasnya.
Zulkipli berkata, semasa kejadian keadaan cuaca cerah, jalan kering dan keadaan jalan di lokasi adalah selekoh tajam menuruni bukit kira-kira 200 meter dari kawasan pembaikan jalan..
Tambahnya, kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Trafik untuk pemeriksaan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dan kes terbabit diklasifikasi serta disiasat di bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.53 pagi ini yang mana maklumat awal yang diperolehi mengenal pasti tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.
"Dua mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu dengan mengguna kenderaan perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan (EMRS) dan seorang mangsa dihantar mengguna ambulans Hospital Bintulu," katanya dalam kenyataan hari ini.
BBP Bintulu menghantar anggota dan jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan EMRS diketuai Komander Operasinya PBK (KUP) Eric Unyi ke tempat kejadian untuk tugas menyelamat. Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di jalan berkenaan.
Abang Ismail Abang Suud
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kmk bok baca deng
Teruk juak eh..
Berhati2 semua |
|
|
|
|
|
|
|
yalah teringat dirik masa maca berita tuk...
syukur na sikda kemalangan jiwa ...walaupun teruk na d tangga mek
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|