CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4961|Reply: 22

'Saya okay, sihat, cukup makan' - Sathia babyface

[Copy link]
Post time 16-7-2021 08:11 PM | Show all posts |Read mode
'Saya okay, sihat, cukup makan' - Sathia


SATHIA.

Kuala Lumpur: Walaupun sudah tiga bulan tidak mempunyai sebarang pendapatan, pelakon dan pelawak popular, Sathia, 57, tetap berada dalam keadaan baik, sihat dan cukup makan.

Sathia ketika dihubungi mengakui sudah tiga bulan tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan yang dikeluarkan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Saya okay saja. Semuanya cukup kerana kehidupan saya pun ringkas saja. Rumah dan segala aset lain sudah habis dibayar, cuma kena bayar bil tertentu saja.

"Tidak mengapalah terpaksa duduk rumah sekarang. Saya cuma mahu patuh arahan kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga. Jadi, lebih baik diam dan akur saja buat masa sekarang," katanya.

Sathia yang popular dengan watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu bagaimanapun mengakui rindu kembali bekerja dan berharap dapat kembali menjana pendapatan dalam masa terdekat.

"Kalau ikutkan, banyak drama lakonan saya yang tergendala selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan. Jadi, ia terpaksa dibekukan seketika dan gaji pun tak dapatlah.

"Memang rindu nak kembali bekerja tapi melihat keadaan sekarang, kita semua tak pasti bila dapat keluar semula. Tidak mengapalah, asalkan ini semua untuk tujuan keselamatan semua," katanya.

Sathia juga bersyukur pada usia sekarang dia masih mampu bekerja dan berharap akan terus diberikan kesihatan yang baik demi teruskan kerjaya sebagai pelakon.

"Saya sebenarnya sedih apabila melihat ada rakan-rakan seperjuangan seusia saya berdepan masalah kesihatan dan meninggal dunia. Saya harap saya tetap akan kuat selagi masih boleh bekerja," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah Sathia aka Ravi. Moga baik2 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus perancangan Sathia. Satu kelegaan besar bila rumah & aset abis byr & tak berhutang dgn bank. Pelakon2 lain kene financially smart dari usia muda kalo taknak merempat di hari tua. Last2 minta rumah ppr jugek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tukarrr ka.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
i love ravi!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde hutang mmg lega laa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara pelawak berbangsa India yg best selain mendiang Param, mendiang Acappan dan mendiang Rama. Ada satu siri kat channel tamil Astro Sathia berlakon. Dia switch body dgn sekor dog. Ala2 movie Freaky Friday lah. Kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:57 PM | Show all posts
syukur rumah sume dh abis bayar.artis lain tolong la amik pengajaran.menyampah tau bila korang dh tua merayu mintak rumah ppr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
yes pak cik.
pandai atur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 17-7-2021 08:29 AM

Selain "sudah tukar ka?" dlm Pi Mai Pi Mai, iols suka sgt kalau dia cakap "eh eh dia kata kita la"... Dia jarang2 cakap camni, tp kalau dia cakap cute sangat heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sihat selalu abg sathiaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah kawen ke ye? Best la umah n keta dah abis bayar.
Kalau takat bayar bil je mmg satu kelegaan sgt tak perlu dah nk wat keja beria2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 16-7-2021 09:47 PM
Antara pelawak berbangsa India yg best selain mendiang Param, mendiang Acappan dan mendiang Rama. Ad ...

Dulu dia keje apa ye? Ada kwsp bagai. Tu pun dah wat kuar dah sbb umur pun dah 57 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 11:08 AM | Show all posts
Dengan konfidennya iols bagitau adik yang sathia ni dah meninggal sambil tunjuk muka heols kat iklan cita anjing channel tamil tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la uncle babyface
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by exclusive_vvip at 17-7-2021 05:35 PM

Kenapa korang panggil dia babyface? Btw, zaman sekolah dulu x suka dia berlakon..skrg ok dah..salute la dia pandai handle kewangan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 16-7-2021 09:57 PM
syukur rumah sume dh abis bayar.artis lain tolong la amik pengajaran.menyampah tau bila korang dh tu ...

mmg jenis jimat la rymah hbis byr.. tinggal byr bil api air astro jah…
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-7-2021 11:07 AM
Dulu dia keje apa ye? Ada kwsp bagai. Tu pun dah wat kuar dah sbb umur pun dah 57 kan.

simpan sendiri la nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 17-7-2021 05:56 PM
simpan sendiri la nih..

Bukak wiki katanya penah keje bawak bas selama 6 tahun sblm jd pelakon tu.
Tp berapa la sgt kalau bawak bas zaman 80an tu.
Taktaulah kalau dia ada simpan sendiri ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita kena ajar anak2 beli rumah awal. Dapat kerja jer terus berazam nak beli rumah. Buat simpanan emas target dalam 3 tahun (kalau kat sesetengah negeri spt  penang,  kau bukan jer kena bayar duit booking tapi juga 10 % dari harga rumah). Lepas 3 tahun boleh beli rumah yang kita layak. Kawan akak buat pinjaman perumahan 10 tahun ja. Kalau tak mampu buat ja lah 25 tahun. Kalau beli masa umur 25 , umur 55 dah habis bayar.

Untuk tak ot akak rasa uncle sathia beli rumah masa dia muda. Sbb tu dia dah 50 lebih sekarang dah takder hutang rumah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050128 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list