CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11097|Reply: 115

Suami Meninggal, Janda 10 Anak Hilang Punca Pendapatan

[Copy link]
Post time 16-7-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
TANAH MERAH - Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tunggal apabila terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara 10 anaknya selepas kematian suami pada Jun lalu.


Noor Hidayah Junoh, 39 tahun yang dahulunya bekerja sebagai pembuat kuih bersama arwah suaminya, Mohd Rosli Adam, 53 tahun kini bukan sahaja hilang sumber pendapatan malah dia juga tidak dapat berniaga akibat Sekatan Pergerakan Penuh (PKP) ketika ini.


Dia terpaksa menyara 10 anaknya dengan bantuan orang kampung dan keluarga terdekat memandangkan dia masih lagi dalam proses edah kematian suami.




Kredit foto: Sinar Harian





"Buat masa ini saya masih tidak boleh keluar rumah dan rancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan perniagaan kuih ini secara sejuk beku. Ini sahaja kemahiran yang saya ada.


"Sebelum ini saya jual kuih tradisonal, roti goreng, roti kukus, donut dan sebagainya. Suamilah yang akan bantu saya dan dia akan hantar ke kedai untuk dijual. Tapi sekarang ini saya kena buat semuanya sendiri termasuklah menjaga 10 anak-anak kami," katanya kepada Sinar Harian.


Begitupun Noor Hidayah mengakui bersyukur dia kerana tidak perlu membayar sewa rumah selepas tinggal dikediaman yang disiapkan arwah suaminya tahun lalu sejak mula dibina 15 tahun lalu.




Kredit foto: Sinar Harian





Noor Hidayah dikurniakan 10 cahaya mata iaitu Abdul Qadim, 16, Mohd Ehsan Al Mustafa, 15, Puteri Dhuha, 14, Mohd Solihin, 13, Puteri Waqini, 11, Puteri Qurratu Ayunni, 10, Puteri Ainul Mardhiah, 9, Puteri Siti Khadijah, 8, Mohd Sharif Hidayatullah, 6 dan Puteri Nur Hafizah berusia dua tahun.


Mencerita lebih lanjut, dia juga bersyukur kerana anak sulungnya, Abdul Qadim dapat membantunya menguruskan kehidupan seharian terutamanya untuk mengendalikan haiwan ternakan peninggalan arwah suaminya.


"Arwah memang suka memelihara haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik serati, burung dan macam-macam lagi. Bila arwah tiada, Qadim lah yang uruskan semuanya.


"Mujurlah dia sudah tamat belajar, dapatlah dia bantu saya sedikit sebanyak. Lepas ini saya mahu kumpul duit untuk buat lesen kereta. Nanti jadi apa-apa susah pula kalau tiada lesen," katanya.


Noor Hidayah memberitahu, kesusahan hidupnya turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) dan penghulu kampung serta mengharapkan segala urusan dapat dipermudahkan bagi meringankan bebanan bulanan dan sebagainya.


Sementara itu, Abdul Qadim ketika ditemui berkata, walaupun baharu sahaja tamat belajar di salah sebuah sekolah tahfiz di sini, namun dia tetap mahu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi memenuhi harapan dan impian arwah bapanya.




Kredit foto: Sinar Harian





Dia yang kini menguruskan adik-adik dan semua haiwan ternakan peninggalan arwah bapanya tetap tabah menghadapi cabaran baharu itu demi kelangsungan kehidupan mereka.


"Saya bantu apa yang boleh. Jaga binatang ternakan ayah dan bantu ibu urus adik-adik. Sekarang ini saya guna telefon ibu untuk ajar adik belajar, telefon pun tidak membantu sangat sebab kami pakai telefon biasa saja.


"Kadang-kadang tidak boleh buka langsung kerja-kerja sekolah cikgu bagi. Ini cabaran besar buat saya tettapi saya perlu hadapinya dengan tenang," katanya.


Sebarang bantuan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam milik Noor Hidayah iaitu 03027020191527. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 02:54 PM | Show all posts
Masya Allah, rapat2 ye anak2 ibu tunggal ni..salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya anak! Masa buat anak tu tak fikir ke apa nasib dia orang kalau hilang pendapatan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. sebaya iols...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:03 PM | Show all posts
at least arwah tinggalkan rumah... ternakan sikit utk keluarga...ok la tu, walaupun anak ramai..

boleh ramai2 uruskan ternakan dan perniagaan...

daripada spesis beranak ramai kerja pun tak ada...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg anak bersusun rapat2 mcm anak tangga
Bole tu dia teruskan hidup

Lg pn anak2 dh besar
Di pn ada reg customer dah..

Cuma sistem sapot tk ada lah
Kena kental

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal sgt tamat belajar tahfiz nya..
Semoga adik ni diberi peluang sambung lg pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ramainya sampai 10 org.
i tgk kakak i ank dua org pun pening kejap meraung yg kakak..pastu adik..i plak jnis kureng sikit ngn bdk sbb i pun perangai  bdk2 lg
i hrp ank akak ni jd org yg berjaya kerja bagus2 blh tlg mak..
kalau laki dia ada lg..mau 15 org ank ni..
doc takde ke suggest jgn mengandung ke apa eh lps dh ank ke 6..takpe la rezeki dia kan..sapa la kita nk mempertikaikn..gituh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
beranak 10.. negeri kelantan..ok got it !
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat betul anak sulung tu kena jadi orang dewasa. Makmurkan lah rezeki mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 16-7-2021 03:22 PM
beranak 10.. negeri kelantan..ok got it !

kelantan jer ke beranak ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:27 PM | Show all posts
pilihan sendiri  kan, siapa lah kita nak pertikaikan pilihannya...  all the best to sheols and family...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:32 PM | Show all posts
janda2 yang macam ni la yang patutnya orang berduit patut amik jadi bini yach. Niat nak membantu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainna ilahirojiun. Al-Fatihah.

Arwah ayahnya memang dah cukup bagus. Arwah tinggalkan rumah dan ternakan untuk keluarga. Maksudnya arwah dah bersedia, cuma ajal maut tiada siapa yang tahu.

Semoga ternakan mereka menjadi perniagaan yang memberangsangkan bagi menyara kehidupan mereka. Kehidupan memang keras bila mana kita tak punya apa, namun ia boleh diperbaiki dengan usaha, insya'allah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan kehidupan mrk anak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah suami ada tinggalkan aset tu okay la dari tak tinggal apa langsung. ada niaga kecik2 okay laa. dari menunggu orang suap je. harap duit boleh kumpul cepat untuk buat lesen kete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
anak ramai pon bapak dia bertanggungjawab juga masa hidup, tinggalkan rumah tak perlu bayar sewa, haiwan ternakan ada. isteri buat kuih suami gi jual. bukan mcm sohai kalau mati pandai2 bini lembam langsaikan hutang dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tak memasal si anak sulung kena hadap pulak, sian budak tu tau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa tiada sesiapa di sini mohonnya jangan beranak atau dikembiri?

Oh rupanya suaminya sudah meninggal. Kalau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 16-7-2021 03:25 PM
kelantan jer ke beranak ramai?

ade lg tmpt yg beranak byk..Tondo, Manila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.576419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list