View: 1309|Reply: 4
|
Ramai Hilang, Rumah Runtuh Akibat Banjir Kilat Di Jerman
[Copy link]
|
|
Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan ramai lagi yang hilang berikutan banjir teruk di barat Jerman, kata polis.
Bencana banjir terburuk terjadi di bahagian negeri Rhineland-Palatinate, yang mana sekitar 50 orang telah menunggu di atas bumbung kediaman masing-masing untuk diselamatkan.
Puluhan lagi hilang di wilayah Eifel yang berbukit setelah beberapa rumah runtuh, lapor media SWR.
Banjir besar itu tercetus ketika sungai Ahr, yang mengalir ke Sungai Rhine telah mengakibatkan tebing sungai di tebing selatan Bonn pecah.
“Bomba telah dikerah untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat,” kata polis.
Tentera juga sudah diarahkan beberapa kawasan untuk membantu penduduk yang terkandas.
Kira-kira 25 rumah berhampiran bandar Adenau di wilayah Eifel dalam bahaya kerana hampir runtuh.
Dilaporkan, beberapa rumah di kawasan yang telah diisytiharkan darurat itu terputus sepenuhnya dan tidak dapat lagi dilalui dengan bot.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/16/142406pk0vd5v25xiixx3k.jpg) Kredit foto: BBC
Sementara itu, dua anggota bomba mati – seorang dilaporkan lemas, sementara yang lain dilaporkan rebah ketika menjalankan operasi menyelamat.
Hujan lebat diramalkan akan berlaku di sebahagian besar Jerman pada hari Khamis dan Jumaat.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
mohon bertabah. dah la bangunan cantik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar marine la pandai swim
Bomba padam api je |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah
semoga dilindungi org2 disana
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan last tu teringat rumah kat usj |
|
|
|
|
|
|
| |
|