CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1859|Reply: 8

[Tempatan] [VIDEO] Lelaki berbogel rempuh SJR dan penunggang motosikal. Dipercayai kurang

[Copy link]
Post time 15-7-2021 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-7-2021 06:20 AM

[VIDEO] Lelaki berbogel rempuh SJR, penunggang motosikal

https://www.kosmo.com.my/2021/07 ... -sjr-rempuh-wanita/

Oleh NOOR HAYATI MAMAT
15 Julai 2021, 8:32 pm



Suspek (kiri) memecut keretanya tanpa berhenti di SJR Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang sebelum melanggar beberapa lampu isyarat lagi hingga ke Wakaf Tapai, Marang.
  


HULU TERENGGANU – Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman bikin kecoh memecut kereta Honda City tanpa mengenakan seurat benang sejauh kira-kira 43 kilometer dari Bukit Jong, Kuala Nerus hingga Kampung Batu 18, Kuala Berang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, buruh berusia 45 tahun terbabit merempuh tiga sekatan jalan raya (SJR) dan 13 lampu isyarat serta melanggar tiga motosikal sehingga menyebabkan salah seorang penunggangnya cedera parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata,
suspek yang memandu kereta Honda City berwarna biru pada mulanya merempuh SJR Bukit Jong, Kuala Nerus sebelum memecut laju kenderaannya menghala ke Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

“Sebuah kereta peronda polis yang menerima maklumat tentang kejadian itu telah mengejar kereta suspek tetapi dia terus memecut laju melanggar beberapa lampu isyarat menghala ke Jalan Kuala Berang, Kuala Terengganu.

“Tanpa memperdulikan arahan polis memintanya berhenti dengan menggunakan pembesar suara, dia tetap memecut sehingga melanggar sebuah kereta dan motosikal masing-masing di Kubang Parit dan Pengadang Baru, Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, lelaki itu terus memecut keretanya tanpa berhenti di SJR Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang sebelum melanggar beberapa lampu isyarat lagi hingga ke Wakaf Tapai, Marang. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Naye yg kena langgar, tak pasal2 cedera parah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 07:49 AM | Show all posts
Siapa pulak nak cover repair motor dia yg hancur tu

Boleh claim insuran kereta yg langgar ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 10:30 AM | Show all posts

Sejam Kejar Lelaki Bogel Rempuh SJR

Kuala Berang: Polis mengambil masa lebih sejam mengejar kereta dipandu lelaki yang memandu dalam keadaan berbogel, sebelum ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Batu 18, di sini, hari ini.


Terdahulu, lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental melarikan diri selepas melanggar sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Bukit Jong, Kuala Terengganu, pada 12.15 tengah hari.


Ketika melarikan diri, lelaki yang memandu kereta Honda City itu melanggar 12 lampu isyarat, tiga SJR PKP dan tiga kenderaan awam.


Motor yang dilanggar suspek, Foto: Harian Metro




Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebaik melanggar SJR di Bukit Jong, lelaki berusia 45 tahun dari Taman Sinn, Semabok, Melaka itu dikatakan memecut kenderaannya menghala ke bandar Kuala Terengganu sebaik menyedari kenderaannya dikejar kereta peronda sektor Balai Chabang Tiga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang sedang membuat rondaan Ops Covid-19.


"Lelaki terbabit juga tidak mengendahkan arahan berhenti yang dikeluarkan polis sebanyak tujuh kali sebaik kenderaannya melalui persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Mizan berhampiran Perpustakaan Awam Negeri sebelum menghala ke persimpangan lampu isyarat Bukit Besar.


"Kenderaan terbabit kemudian terus memecut memasuki Jalan Kuala Berang dan melanggar 12 lampu isyarat dan tiga SJR sebelum ditahan di Kuala Berang," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Adli berkata, ketika melarikan diri, lelaki terbabit turut merempuh kenderaan lain, iaitu sebuah kereta dan dua motosikal.


Katanya, kemalangan pertama membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat Kampung Kubang Parit, manakala kemalangan kedua membabitkan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki.


Menurutnya, pihaknya belum dapat memastikan kecederaan dialami dua mangsa terbabit.


Katanya, kemalangan ketiga berlaku di KM 30, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Kampung Bukit Perah, Ajil, di sini, selepas kenderaan terbabit melanggar SJR PKP di Batu 18 Ajil.


"Mangsa seorang wanita yang menunggang motosikal Yamaha NVX biru patah bahu kiri dan luka di bahagian kepala.


"Kerani berusia 46 tahun dari Kampung Batu 24, di sini, dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.


Mohd Adli berkata, berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sebelum dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan segera selepas mengalami luka kecil di kepala, pipi kiri, kaki dan tangan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu. Semakan rekod mendapati lelaki terbabit menghidap masalah sakit mental iaitu Schizophrenia.


"Ujian air kencing, darah dan ujian saringan Covid-19 turut dilakukan dan keputusannya negatif Covid-19," katanya sambil menambah siasatan lanjut masih dijalankan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit mental. Bahaya ni.
Dia br sakit sejak pkp ke or mmg da lama sakit?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 10:44 AM | Show all posts
asal semabok
sakit mental
possible...possible
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bideo ade, bideo? Kalu takde, huznuzon. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2021 02:33 PM | Show all posts
acaner la gila bleh bawak kete ni?ke baru je jadi gila SINCE COVID?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.065228 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list