CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 3

Beto Kusyairy Setuju Media Sosial Jadi Tempah Luah Marah Dan Tekanan

[Copy link]
Post time 15-7-2021 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Dalam keadaan terdesak sekarang, ramai orang dilihat menggunakan platform media sosial masing-masing bagi melepaskan perasaan lebih-lebih lagi ketika negara sedang berperang dengan pelonjakan angka kes Covid-19.


Pelakon Beto Kusyairy berpendapat, tidak salah sekiranya seseorang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk melepaskan amarah dan tekanan yang terbuku dalam dada.


Perkara berkenaan diutarakan Beto atau nama lengkapnya Nurkusyairy Zakuan Osman dalam InstaStory beberapa jam lalu.


Foto: IG




Dalam perkongsian berkenaan, pelakon telefilem Pemuja Kubur itu menegur tindakan sesetengah pihak yang tidak bersetuju melihat ramai orang gemar meluahkan perasaan negatif dan marah dalam media sosial.


“Orang yang tiap malam kenyang dan nyenyak dalam pendingin hawa, ribu-riban masih dalam akaun, tak sama dengan yang tiap malam menyangkung di tepi sudut memikirkan mana lagi nak dicekau. Untuk letak makanan atas meja buat anak bini esoknya.


“Ditambah segala bil dan hutang-hutang. Ramai kawan-kawan kita sedang tertekan. Setuju kepada Tuhan kita mengadu dan memohon, tetapi media sosial juga boleh dijadikan tempat buat melepas amarah dan tekanan yang terbuku,” tulisnya.




Foto: IG




Tambah Beto, 41, pada waktu cukup menyesakkan ini, sudah banyak kes gantung diri dan terjun bangunan berlaku saban hari, maka tidak salah jika cari jalan dengan meluahkan daripada terus memendam.


“Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baik bantuan daripada kawan-kawan. Bukan diperlekeh dan dibahasakan.


“Bagaimana nak ‘beri sumbangan’ bila keluarga dan diri berkeadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Awak patut lebih tahu. Sepatutnyalah,” katanya lagi.


Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, negara mencatatkan peningkatan kes bunuh diri selain kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain.


Sebanyak 266 kes kematian berpunca daripada bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 02:07 PM | Show all posts
asalkan bukan berunsur hasutan mcm si ritrude tu buat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak laaa medsos sendiri. aku kekadang mencarut dalam ig tu pun takde sape baca, sekadar melepas sakit hati je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 08:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.184091 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list