|
Sepanjang musim pandemik Covid-19, ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati dalam media sosial. Orang yang menjadi sasaran ialah golongan kenamaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara yang tidak ketinggalan dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang pengguna di laman Twitter.
Foto: IG
“Wahai p*****k Dr. Zul, apa alasan buka masjid? Hari ini 9,180 kes,” tulis netizen berkenaan.
Kecewa dengan bahasa yang digunakan individu itu, pelakon Aeril Zafrel tampil memberi teguran mengenai adab.
“Tahu anda sedang marah. Semua orang tengah marah sekarang ini tetapi jaga sikit adab kita dengan ulama atau orang yang lebih berusia,” ciap Aeril.
Bukan sahaja Aeril, malah, ramai yang turut tidak berpuas hati dengan bahasa yang digunakan oleh individu tersebut.
Bahkan, ramai yang memuji serta bersetuju dengan pendapat Aeril bahawa adab sangat penting ketika berbicara.
Harap teguran tersebut turut diguna pakai oleh semua. Jaga bahasa dan adab dalam media sosial. Nak marah, tidak mengapa tetapi jangan guna perkataan mencarut atau maki hamun. Bukankah adab mencerminkan akhlak. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|