CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 10

Jepun Ancam Nyawa Penduduk Dunia Jika Buang Air Sisa Nuklear Ke Laut

[Copy link]
Post time 15-7-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan Jepun untuk membuang air sisa loji nuklear dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daichi ke laut mencetuskan bantahan ramai di seluruh dunia.


Sejauh mana kawasan terjejas akibat air buangan sisa nuklear yang dibuang ke laut? Apakah bahan yang ada dalam air sisa berkenaan? Adakah makanan laut masih selamat dimakan pada masa itu? Tidak adakah cara lain lebih baik untuk menangani perkara ini? Isu ini menjadi masalah utama yang menjadi perhatian seluruh dunia.








Hasil penyelidikan Jerman mendapati bahan radioaktif akan menyebar ke sebahagian besar Lautan Pasifik dalam masa 57 hari selepas air sisa itu dilepaskan.


Menurut laporan media Korea, air laut yang tercemar akan dibawa arus hingga ke Pulau Jeju dalam 220 hari pertama, diikuti pantai barat Korea Selatan dalam 400 hari.


Tiga tahun kemudian, giliran Amerika Syarikat dan Kanada menerima akibat yang akan menyebabkan perikanan di seluruh Lautan Pasifik terjejas teruk.


Kemudian, air sisa itu akan tersebar ke lautan di seluruh dunia dan akan membahayakan kita selama ribuan tahun.


Tindakan Jepun bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada manusia, tetapi juga membahayakan ekologi seluruh planet kerana air sisa nuklear mengandungi sebilangan besar bahan radioaktif.


Kajian menunjukkan sekiranya sejumlah besar makanan laut yang dicemari radioaktif dimakan dalam jangka panjang, bahan radioaktif di dalam badan mungkin terkumpul melebihi had yang boleh diterima dan menyebabkan penyakit radiasi kronik serta penyakit lain seperti ulser kulit, kegagalan organ, rambut gugur, pendarahan pada organ, sistem endokrin, sistem saraf dan kerosakan lain.


Pada 11 Mac 2011, gempa bumi dengan kekuatan 9.0 magnitud menggegarkan kawasan pesisir Jepun Timur Laut menyebabkan tsunami yang mengakibatkan kemusnahan pada infrastruktur wilayah Fukushima.


Dalam bencana itu, Loji Tenaga Nuklear pertama Fukushima dikendalikan Tokyo Electric Power Company mengalami kebocoran apabila reaktornya kehilangan fungsi penyejukan yang menyebabkan letupan gas kerana suhu tinggi berterusan.


Air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor loji itu menghasilkan banyak air sisa nuklear secara berterusan.


Sejak 10 tahun lalu, Tokyo Electric Power Company menyimpan air sisa nuklear di loji berkenaan dan baru-baru ini, syarikat itu memutuskan untuk membuangnya ke laut kerana enggan menanggung kos penyimpanan dan rawatan yang tinggi.


Tonton video di bawah untuk melihat kesan akibat air sisa nuklear dibuang ke laut.







Kerajaan Jepun dilihat enggan menanggung kos perlindungan alam sekitar dan menjadi kambing hitam, sebaliknya mahu menyebabkan kemusnahan di seluruh dunia akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.


Generasi kita yang akan datang bakal membayar harga yang tinggi untuk krisis ekologi ini jika kita memilih untuk berdiam diri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat depa xkan x buat bantahan? Depa yg paling banyak mkn hidupan laut kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis la,  ni betul2 nak masuk fasa pre-kiamat.  Ni kemusnahan alam secara besar2an.  Air kot,  satu dunia pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik kite xbuat reaktor nuklear, kalu gempa kat indomie bgoyang2 sket habis mletop reaktor nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:40 AM | Show all posts
hujung tahun 2022 kanak-kanak akan diserang virus yg menyebabkan otak gagal berfungsi seterusnya membawa maut
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
memang bukan manusia laaa kalau tangan tak merosak alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2021 11:13 AM | Show all posts
bongok gak kan jepun ni..dah la pelahap sushi..kang x pasal2 sushi radioaktif kau makan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:41 AM | Show all posts
macam2 hal...x berperang....membuang pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 12:47 PM | Show all posts
menakutkn bila baca....persiapkn diri kite dgn amalan untuk kite bertemu pencipta kita nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 01:49 PM | Show all posts
Edited by pasa at 15-7-2021 01:57 PM

jepun punya waste dari loji janakuasa ni bahaya juga tapi kadar isotop dah rendah sbb sisa..

Rusia, Usa, Perancis, China, UK dan negara yg pernah buat ujian nuklear secara open air atau pun dasar laut atau pun dalam tanah tu lagi bahaya.

berapa ratus tahun tu dia punya radiasi nak hilang. Dah le guna bahan uranium / plutoniam berisotop tinggi. Bukannya diorg pakai sisa uranium or plutonium buat bom nuklear.




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 12:50 AM | Show all posts
bodo plak jepun ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079513 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list