CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1650|Reply: 1

Waspada! Sindrom happy hypoxia gejala tak disedari pesakit Covid-19

[Copy link]
Post time 15-7-2021 04:19 AM | Show all posts |Read mode



SALAH satu gejala Covid-19 yang kerap tidak disedari tetapi mempunyai risiko adalah sindrom happy hypoxia iaitu keadaan di mana kadar oksigen menurun tetapi pesakit dilihat normal.

Biasanya, gejala kekurangan oksigen disertai dengan sesak nafas, termengah-mengah, sakit kepala, gelisah dan kulit bertukar menjadi kebiru-biruan.

NetMeds melaporkan kadar kandungan oksigen normal adalah di antara 95 sehingga 100 peratus. Ketika kadar oksigen berada dalam keadaan rendah, biasanya beberapa gejala berlaku.

Gejala itu berlaku sebagai tanda organ vital seperti buah pinggang, otak, jantung mula bermasalah kerana kekurangan oksigen.

Happy hypoxia yang dialami pesakit Covid-19 bagaimanapun tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan oksigen dan keadaan itu membimbangkan dan boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan segera.



Memeriksa tahap kandungan oksigen secara berkala mampu menyelamatkan nyawa pesakit.

Penyebab happy hypoxia

Punca happy hypoxia pada pesakit Covid-19 biasanya disebabkan darah menjadi pekat pada jaringan pembuluh darah di bahagian paru-paru.

Keadaan ini menyebabkan keradangan dalam tubuh disebabkan jangkitan virus Covid-19. Ketika tubuh mengalami keradangan, protein akan membentuk darah beku sebagai tindak balas semula jadi kepada sistem kekebalan tubuh.

Apabila ia berlebihan, sel pada jaringan paru-paru tidak mampu membekalkan oksigen mencukupi dan keadaan ini berbahaya kepada pesakit sekiranya tidak dirawat dengan segera.


Pembekuan darah tidak hanya terjadi pada paru-paru tetapi boleh merebak ke organ vital lain seperti buah pinggang dan otak yang boleh menyebabkan kematian pesakit.



Dalam keadaan biasa, masalah kekurangan oksigen akan menunjukkan gejala sesak nafas dan sakit dada.

Gejala happy hypoxia

Meskipun happy hypoxia tidak menunjukkan gejala kekurangan oksigen tetapi masalah ini sebenarnya boleh dikesan. Antara gejala yang perlu diberi perhatian adalah;

1. Tubuh terasa lemah

2. Bibir atau jari tangan dan kaki bertukar menjadi kebiru-biruan

3. Kadar ketepuan oksigen menurun dibawah 94 peratus

Cara cegah happy hypoxia

Masalah happy hypoxia ini sebenarnya boleh dicegah agar tidak memberi kesan buruk kepada pesakit termasuk kematian.

Bagi pesakit Covid-19, memeriksa kadar ketepuan oksigen secara berkala dengan alat pulse oximeter sangat membantu. Bagaimanapun sekiranya tiada alat tersebut, pesakit perlu peka terhadap gejala pada tubuh.

Ini kerana sindrom itu boleh dialami penderita Covid-19 tanpa gejala atau pun yang mempunyai gejala ringan.




Sumber : Mstar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
good TT. However thread dah ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058057 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list