CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1172|Reply: 4

[Sarawak] Sempadan Malaysia-Indonesia diperketatkan untuk kekang varian

[Copy link]
Post time 14-7-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Sempadan Malaysia-Indonesia diperketatkan untuk kekang varian


KAPIT: Kerajaan Sarawak akan sentiasa berwaspada dan melindungi pintu masuk sempadan negara lebih-lebih lagi terhadap bahaya yang disebabkan oleh wabak COVID-19 dan strain baharu, varian Delta yang telah dilaporkan lebih mudah menular.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, ia berikutan kekerapan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sarawak melalui pintu masuk yang tidak dijaga seperti di Tapak Megah dan Long Singut yang sekali gus memerlukan kerajaan Sarawak untuk lebih waspada dalam menjaga pintu masuk di sempadan negara.

“Dengan pandemik kesihatan global dan kehadiran wabak COVID-19 di Kalimantan yang semakin meningkat, kerajaan Sarawak selalu waspada terhadap bahaya yang disebabkan oleh wabak COVID-19 tersebut dan strain baru, varian Delta yang dilaporkan lebih cepat menular,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Tan Sri Datuk Amar Dr James yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Keselamatan telah melakukan lawatan ke pangkalan hadapan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dicadangkan iaitu di Tapak Megah (TM1) di Daerah Bukit Mabong terletak 19.5 kilometer dari sempadan dengan Indonesia dan 265 kilometer dari bandar Kapit.

Dalam lawatan tersebut beliau menyerahkan dua buah motosikal, dron dan ATV untuk kegunaan pegawai PGA.

Sementara itu, beliau turut menekankan mengenai kepentingan mendirikan pos sempadan di sepanjang sempadan Malaysia dan Indonesia di Bahagian Kapit lebih-lebih lagi apabila Kalimantan menjadi ibu negara Indonesia kelak.

sarawakvoice.com/2021/07/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mana2 PATI yg 'masuk bawa penyakit'...sepatutnya diasingkan tanpa perlu dirawat@dibiar mati camtu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 01:58 PM | Show all posts
Skuau replied at 14-7-2021 09:17 PM
mana2 PATI yg 'masuk bawa penyakit'...sepatutnya diasingkan tanpa perlu dirawat@dibiar mati camtu je ...
kena report ngan PBB nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-7-2021 01:58 PM
kena report ngan PBB nanti


PATI...xde rekod drng msk negara kita.Campak jer ke laut....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 02:13 PM | Show all posts
Skuau replied at 15-7-2021 02:11 PM
PATI...xde rekod drng msk negara kita.Campak jer ke laut....
ikut hati memang la nak gtu


dah la dengan rakyat kita sendiri banyak kehilangan kerja

tak cukup makan ...

ni dier rang lak nak ke sini...

tu blom lagi cari rezeki kat sini...
tapi kutuk tetap kutuk Malaysia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.133086 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list