CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10648|Reply: 76

Peniaga Dapat Amaran Jual Nasi Lemak Murah Sangat - 'Kau Bunuh Perniagaan Orang!

  [Copy link]
Post time 14-7-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
“Niat saya cuma nak tolong suami tambah pendapatan, tapi tak sangka pula jadi begini.”


Inilah luahan seorang peniaga yang tidak menyangka tindakannya menjual nasi lemak pada harga murah telah mengundang kemarahan, malah dia dituduh menutup periuk nasi peniaga lain.


Kisah ini bermula pada Isnin apabila peniaga wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zainab menerima mesej berbaur ugutan, memintanya supaya berhenti berniaga nasi lemak atas alasan nasi lemak yang dijualnya pada harga murah telah menarik minat pelanggan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga lain.


Menurut Zainab, 56, dia baru sahaja membuka gerai nasi lemak sekitar sebulan lalu. Sebelum ini dia dan suami yang merupakan pesara tentera menjalankan perniagaan sate di Saujana Utama, Sungai Buloh.








“Sebelum ini saya dan suami hanya jual sate di pasar malam. Tetapi faham-fahamlah sejak pandemik ni pendapatan pun tak berapa memberangsangkan,


“Saya berniaga sate sejak 2001 lagi. Selalunya jual sate saya boleh dapat dalam 1,000 cucuk sehari tetapi sejak Covid-19 ni nak cecah 1,000 cucuk sangatlah susah.


“Jadi pada waktu pagi saya sediakan sate dan waktu petang pula saya tambah pendapatan dengan menjual nasi lemak di depan rumah,” cerita Zainab ketika dihubungi mStar.


Bagaimanapun, Zainab terkejut apabila nasi lemak murah yang dijualnya telah menyebabkan ada pihak berasa tidak senang kerana menganggap tindakannya itu seolah-olah merampas pelanggan sedia ada mereka.




Mesej yang diterima oleh Zainab selepas sebulan menjalankan perniagaan nasi lemak.




“Terkejut saya bila terima mesej macam tu sebab saya tak terfikir langsung nak tutup perniagaan orang lain. Kalau nak tahu, saya jual nasi lemak dengan harga RM2 sahaja,


“Saya penggemar nasi lemak. Saya pun tak suka kalau beli nasi lemak tetapi isinya sedikit. Jadi saya tambah udang, paru, ayam kerana pada pengiraan saya, saya masih lagi dapat pulangan walaupun dijual dengan harga begitu.


“Orang kata cara saya berniaga macam nak bunuh orang lain yang buat bisnes sama.


“Lebih menyedihkan, saya diugut supaya berhenti berniaga dan jangan ganggu peniaga lain berniaga di situ. Suami nak telefon orang yang kirim mesej tu tapi saya larang dan minta dia bersabar sahaja,“ luah Zainab.








Sedih dengan tohmahan yang dilemparkan, Ibu kepada enam cahaya mata ini berkata dia tidak pernah berniat buruk terhadap peniaga lain malah memahami keadan peniaga yang terjejas mata pencarian akibat pandemik.


“Saya dan keluarga pun terjejas pendapatan. Mana mungkin saya tak fikir keadaan orang lain. Sedih saya bila orang anggap saya begitu sedangkan saya pun nak mencari rezeki


“Tujuan saya tunjukkan foto perbualan tersebut bukanlah untuk membuka aib individu yang marah saya tu. Saya cuma nak minta maaf jika benar ada peniaga yang terjejas pendapatannya kerana saya,” ujar Zainab.


Menurut Zainab, bagaimanapun dia tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan sebolehnya mahu menganggap ia sudah selesai walaupun pengirim mesej tersebut tidak meminta maaf kepadanya.


“Saya minta maaf dan saya dah maafkan dia, jika dia tak maafkan saya itu terpulang pada dia, saya tak nak besarkan isu ni," katanya.


Ditanya tentang perasaan dan emosinya selepas menerima mesej seperti itu, Zainab mengaku pada awalnya berasa sedih dan agak marah dengan kata-kata yang dilemparkan.


menu 1Antara nasi lemak yang dijual oleh Zainab pada harga RM2.


“Tipulah tidak sedih sebab saya dianggap begitu. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam diri adakah tindakan saya betul. Namun saya faham, dalam waktu yang sukar ini semua orang terkesan dan tertekan. Mungkin tanpa sedar mereka tak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati,


“Selepas saya muat naik gambar perbualan tersebut di grup Facebook, saya tak berani nak buka ruangan komen. Saya takut saya tak boleh terima dan beremosi," katanya.


Akhirnya selepas berfikir secara rasional, dengan rendah hati saya ingin minta maaf jika mereka benar-benar terkesan dengan harga nasi lemak saya dan saya maafkan orang yang mengutuk saya juga.


Dalam pada itu Zainab amat bersyukur kerana hasil jualan nasi lemaknya cukup untuk membayar segala komitmen keluarga.


“Alhamdulillah tak sangka nasi lemak saya diterima dan disukai ramai walaupun saya baru mula menjual. Mula-mula dapat jual dalam 70 hingga ke 100 bungkus sahaja dan ketika ini sudah meningkat sehingga 150 ke 200 bungkus,


“Pendapatan kami dulu bergantung sepenuhnya dari hasil jualan sate. Pada waktu ini mana ada tempahan yang banyak sebab tiada majlis atau jamuan besar yang boleh dilakukan. Mujur hasil wang jual nasi lemak dapat menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya.


Selepas apa yang berlaku Zainab mengangap ini hanyalah ujian yang perlu ditempuhi sebagai seorang manusia.


“Saya anggap ini asam garam sebagai seorang peniaga. Moga semua kuat hadapai keadaan ketika ini, saya doakan,” kata Zainab menutup perbualan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga ni kalau xde sifat hasad dengki tak sah ek?? Org tu pandai laa niaga nasi lemak rm2..n kalau sedap mmg org akan beli..pd ai,murah atau mahal,kalau x sedap,sorry,ai xkan beli..rasa makanan tu penting yee..
Msti y jual mahal tu nasi lemak dia xsedap,tu y insecure sgt tu..huhhhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut kena marah . Buang harga kt shopee dah lah takkan nak buang harga kt nasi lemak juga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nakkomenjugak at 14-7-2021 03:03 PM

Laa orang saujana ke???? Hahahah tapi serius, aku makin menyampah duduk su ni. makin ramai orang makin macam2 kerenah. bawak kete macam taek pun ada.
untuk tak ot, mohon bertabah. terfikir jugak sape yang marah tu.. ramaiiiiii kot orang jual nasi lemak kat sekitar su ni. tak masuk hillpark, pristana, sri alam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt kisah macam ni skrg. Orang dengki dgn bisnes dia.  Lepas tu up convo kena maki dgn si pendengki kat fb. Sambil2 ckp jualan makin laku.

Teringat plak nasi lemak dekat cafe hkl dulu rm1.50 sebungkus, sedapla jugak tapi pedas gila.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga kaki dengki ni, kadang2 jual benda lain pun dia pergi sihirkan peniaga tu. Memang dasar busuk hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2021 04:01 PM | Show all posts
berniagalah sama2 weh..sama2 susah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Seni berniaga jgn lah buang harga melampau dek. Bisnes buang harga tak tahan lama dek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bila berniaga buang harga, lama2 kita pun takdak motivation, mula la cut corners, cari bahan murah2., last2 malas terus nak meniaga sbb income tal setara dgn usaha.... cuba tgk kedai mamak, lek lek ja buh harga kayangan, org pi makan gak..  ni kalau buang harga smpai untung sekupang dua, buat penat berniaga ja...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:58 PM | Show all posts
pada i, rasa nasi lemak tu lagi utama..
kalau kau masak sedap, harga mahal pun orang beli je..
tapi kalau semua yang jual tak sedap, of course orang akan beli yang paling murah..
so kesimpulannya, semua nasi lemak kat sana tak sedap
anyway, yang marah tu orang K E L ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah beli nasi lemak daun pisang harga RM 2.50. Mmg sedap giler pedas berapi. Esoknya, aku dok ulang alik jamban. Tobat nak beli walaupun sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
marketing ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak support peniaga buang harga. Lagipun kalau jual murah sangat, takut barang apa dia guna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:30 PM | Show all posts
makcik depan rumah kami ni aman-aman ja jual nasi lemak harga tradisional

seringgit sebungkus. kiri kanan depan tu ada lagi 3 gerai nasi lemak, harga lain-lain, so far elok ja tengok berniaga. kita pun suka sebab banyak pilihan

aku penting kan kebersihan makanan.
kalau murah tapi kotor, lalat biar hurung, makanan terdedah, sorry la. no way.
rela aku beli kat kedai mahal sikit, tapi kebersihan terjaga dan bertutup.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:43 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 14-7-2021 07:53 PM

Orang yg hanta msg mengugut tu memang kasar...
Tapi aku terpikir jugak...

Sbagai pembeli kita memang hepi
Tapi
Sebagai peniaga..sila tengok dari segi konteks yg besar acctly merugikan peniaga dlm jangka masa panjang.

Kadang ada yg berniaga ni memang dah org senang..dia jadikan jualan dia sebagai sedekah lah sebagai suka2 ...sudahnya dia bniaga sekejap je.orang yg betul2 beniaga tpaksa kurangkan sampai nak dpt modal balik pun semput.
Dulu ada masuk news bukak restoran free atau bayar seikhlas hati..sedangkan kalau nak beramal baik direct kpd yg susah.yg pegi tu berkereta mewah,rombongan cik kiah kedekut jeerr..yg betul susah takde pegi situ.matlamat tak tercapai pun

Utk longterm &kebaikan bersama jualah lebih kurang.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:46 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 14-7-2021 02:13 PM
Peniaga ni kalau xde sifat hasad dengki tak sah ek?? Org tu pandai laa niaga nasi lemak rm2..n kalau ...

10 tahun lepas, abang aku baru lepas habis belajar, amik sijil masak2,
terus dia bukak gerai jual laksa.

jual tepi jalan je, setiap hari sold out.
tak lupa orang yang buat tempahan untuk makanan office dan majlis-majlis.

kadang2 kitorang adik-beradik, habis sekolah tolong bungkuskan laksa,
beratus-ratus tupperware, jenuh weh. kat dapur tu ada lagi tengah celur, tengah buat kuah satu kawah besar.
penat, tapi memang untung besar la abang waktu tu.

dalam 2 bulan meniaga, betul2 tepi kedai dia tiba2 ada makcik bukak JUAL LAKSA JUGAK
lepas tu memang ramai la orang beli kat makcik tu, sebab orang ingat, mesti laksa yang femes tu orang tua jual kan,
takkan budak-budak umo entah 20-21 tahun ni.

last2 abang terpaksa gulung tikar. dia ni cepat koyak waktu muda dulu
terus give up berniaga laksa. walaupun dapat tempahan banyak.
dengar khabar angin, kena warning katanya. dia jadi takut.
macam kes atas ni la.

lepas tu dia takut dah nak bukak khemah jual makanan tepi jalan, takut kena ugut lagi
register SSM pun tak mau dah. biar je segala lesen-lesen tu mati.

sekarang, dia still meniaga makanan dari rumah,
tapi ambil tempahan sahaja.
jual ketupat dengan kuah kacang.
dengan nasi ayam berempah bungkus. ada la sup, sambal dia semua.

orang order, call, whatsapp,
masak kat rumah, lepas tu hantar sendiri terus ke customer.
tak pakai poodfanda, grab sume tu

boleh la.. dapat la tampung anak bini dia.
cuma waktu pkp setahun dua ni, memang terjejas teruk la.
customer dah kurang.
bila takde order, abang pegi kebun amik upah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cookingholic at 14-7-2021 07:48 PM
Kalau nak tahu, saya jual nasi lemak dengan harga RM2 sahaja,

“Saya penggemar nasi lemak. Saya pun tak suka kalau beli nasi lemak tetapi isinya sedikit. Jadi saya tambah udang, paru, ayam kerana pada pengiraan saya, saya masih lagi dapat pulangan walaupun dijual dengan harga begitu.

Nasi lemak tambah lauk pun RM2? Mmg org sebelah sakit ati la kalau buang harga sampai mcm tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:47 PM | Show all posts
fahamilah konsep rezeki dengan betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada makcik sini jual nasi lemak rm1. 20
Telur belah 6.tp ikn bilis dia guna yg mhl punya. Byk plak tu dia letak. Skang i jd peminat setia makcik tu.
Nasi 1.20 dia cukup utk menyenyangkn perut i.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
suka org buang harga kat shopee
sori seller2 semua
koi ni cuma pembeli

lama dah tak mkn nasi lemak
rasa jemu bt masa ni
yg mesej tu tak boleh ke mesej elok2 sampai nak ugut2 bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.340276 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list