Jackie Chan berhasrat untuk turut serta sebagai ahli Parti Komunis China. - Jason LaVeris/FilmMagic/NPR
BEIJING – Legenda filem aksi popular, Jackie Chan menyuarakan hasrat untuk menyertai Parti Komunis China sebagai membuktikan sokongannya kepada Beijing, lapor agensi berita Kyodo News semalam.
Sejak 2013, pelakon dari Hong Kong itu berkhidmat sebagai ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China iaitu badan yang memberikan maklum balas dan nasihat berkaitan isu utama.
“Saya dapat melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh parti pemerintah.
“Mereka mengatakan bahawa mereka akan mengotakan apa yang dijanjikan dalam masa kurang dari 100 tahun, namun sebaliknya hanya mengambil masa beberapa puluh tahun.
“Saya ingin menjadi ahli parti (Parti Komunis China),” katanya seperti yang dipetik akhbar Global Times.
Jackie mendedahkan hasratnya dalam satu sesi simposium minggu lalu yang mengumpulkan penerbit-penerbit filem China untuk mendengar pendapat mereka tentang ucapan Presiden Xi Jinping ketika sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China pada 1 Julai lepas.
“Ucapan Jackie menggambarkan pemahaman lebih objektif dan rasional dalam kalangan golongan elit Hong Kong terhadap parti pimpinan Jinping,” kata beberapa pakar. – AGENSI
Post time 14-7-2021 12:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-7-2021 11:06 PM
Yulia Volkova pun nak jadi calon Duma
In April 2021, Volkova announced that she would be standing in theSeptember 2021 Russian legislative electionsas theUnited Russia Partycandidate to representIvanovoin theState Duma.[23]In theprimary electionfor the party's nomination, Volkova received only 919 votes, losing to Mikhail Kizeev, a relatively unknown member of theIvonvo Oblast Duma, who received over 36,000 votes.
BEIJING – Legenda filem aksi popular, Jackie Chan menyuarakan hasrat untuk menyertai Parti Komunis China sebagai membuktikan sokongannya kepada Beijing, lapor agensi berita Kyodo News semalam.
Sejak 2013, pelakon dari Hong Kong itu berkhidmat sebagai ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China iaitu badan yang memberikan maklum balas dan nasihat berkaitan isu utama.
Foto: NPR
“Saya dapat melihat kehebatan yang ditunjukkan oleh parti pemerintah.
“Mereka mengatakan bahawa mereka akan mengotakan apa yang dijanjikan dalam masa kurang dari 100 tahun, namun sebaliknya hanya mengambil masa beberapa puluh tahun.
“Saya ingin menjadi ahli parti (Parti Komunis China),” katanya seperti yang dipetik akhbar Global Times.
Jackie mendedahkan hasratnya dalam satu sesi simposium minggu lalu yang mengumpulkan penerbit-penerbit filem China untuk mendengar pendapat mereka tentang ucapan Presiden Xi Jinping ketika sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China pada 1 Julai lepas.
“Ucapan Jackie menggambarkan pemahaman lebih objektif dan rasional dalam kalangan golongan elit Hong Kong terhadap parti pimpinan Jinping,” kata beberapa pakar. – CARI