|
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-7-2021 08:10 PM
Lima lelaki dikompaun, main badminton semasa PKP
KUCHING, 13 Julai: Lima lelaki dikompaun ketika asyik bermain badminton di Dewan Badminton Hero Court, Lorong Foochow 11Y, Tabuan Jaya sekitar jam 7.45 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata permainan sukan badminton adalah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata seorang daripada mereka yang merupakan penganjur dan penjaga premis permainan itu dikompaun RM10,000 atas kesalahan di bawah Peraturan 17(2).
Manakala katanya, empat lagi telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) PPPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021.
ACP Ahsmon Bajah berkata pihak polis dan agensi berkaitan akan terus merangka strategi penguatkuasaan bagi membantu kerajaan menjayakan peralihan setiap fasa yang ditetapkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|