CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1386|Reply: 2

Bila Terlalu Bergantung Pada Google Maps, Sedar-sedar Je Dah Atas Highway

[Copy link]
Post time 13-7-2021 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Menjadi kebiasaan orang ramai membuka aplikasi Google Maps atau Waze sebelum menuju ke destinasi yang jarang dilalui.

Malah, segelintir daripada kita terlalu mengharapkan aplikasi itu sehingga kadang kala tersesat jalan.


Kredit foto: TikTok

Seperti sebuah video viral di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis tersesat ketika ingin keluar mengisi minyak.

Menerusi perkongsian @khadijah_asri dengan kapsyen "Malaysia jangan PKP lama sangat please, sorang rakyatmu dah lupa jalan," dia menceritakan pengalamannya tersesat gara-gara mengikut panduan aplikasi berkenaan ketika ingin mengisi minyak motor.





Dia juga dilihat hanya memakai selipar kerana memikirkan urusannya di luar tidak mengambil masa lama.


Namun, gara-gara terlalu bergantung kepada Google Maps, gadis ini tidak menyangka dia tiba-tiba sudah berada di atas lebuh raya.

Menurutnya, dia tersedar bahawa dirinya sudah berada di Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang.

Lebih menghairankan lagi, dia sendiri pelik bagaimana boleh melepasi dua sekatan jalan raya sepanjang perjalanan itu.

Pada akhir video, dia dilihat buntu fikirkan cara nak pulang ke rumahnya.

Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen terhibur dan meluahkan kebimbangan sekiranya gadis tersebut masih sesat lagi.




Nasib baik selamat sampai rumah.


Sumber: SAYS
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang aku nyampah pakai waze, pasal benda camni la. ngabehkan minyak sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:00 PM | Show all posts
jauh sgt ke stesen minyak yg dia nak gi tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.078119 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list