View: 14310|Reply: 118
|
[Tempatan]
Jalan-jalan di Turki, Azmin dikecam netizen
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 13-7-2021 01:27 PM
‘Jalan-jalan di Turki jangan ikut pintu belakang’, Azmin dikecam netizen
Oleh FAZLI RADZI / July 12, 2021
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menerima kecaman bertalu-talu daripada orang ramai ekoran tularnya gambar menteri itu di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.
Warganet bahkan secara menyindir mengaitkan dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta isu video aksi intim di bilik hotel di Sandakan yang gempar dua tahun lalu.
“Jalan-jalan di Turki tu ikut pintu depan tau. Jangan ikut pintu belakang,” perli
Awang Muhammad Hanifa.
Pengguna Facebook, JH Kiew pula mengingatkan Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) agar tidak lupa melunaskan segala perbelanjaan.
“Enjoy tak dekat Turki? Jangan lupa bayar bil pelancongan ya kali ini, nanti kena saman lagi,” sindirnya.
Lebih 1,700 komentar dalam tempoh 15 jam dimuatnaik majoritinya kecaman membanjiri ruangan komentar di Facebook Azmin bagi hantarannya berkaitan vaksinasi sebagai usaha untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.
“Wow! Seronok berjalan ke Turki. Rakyat disuruh duduk rumah. Kau sekeluarga terbang ke sana,” dakwa Suhana Mat Lazim.
Sementara itu, ada juga kecewa kerana rakyat ‘terkurung’ kesan larangan rentas negeri ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PK) tetapi sebaliknya bagi Azmin sekeluarga.
“Seronok bercuti dengan keluarga? Orang lain di sini (Malaysia), nak ziarah mak ayah pun tak boleh. Anda seronok bawa keluarga jalan-jalan ke luar negara,” keluh Akmal Farid Fuad.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selepas viral gambar di Turki adik pula gesa Azmin disiasat, dikompaun maksimum
Oleh NASUHA RAHMAN / July 13, 2021
Selepas dikecam netizen kerana tularnya gambar Menteri MITI Azmin Ali di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia, Umi Hafilda Ali pula menggesa pihak berkuasa menyiasat abangnya itu.
Katanya, seluruh ahli keluarga juga wajib disiasat dan dikenakan kompaun maksimum jika benar Azmin ke Turki bersama dengan ahli keluarganya.
Umum mengetahui Umi Hafilda tidak begitu baik dengan abangnya, Azmin sejak dahulu lagi.
Melalui hantaran di Facebook Ummi Hafilda dengan bahasa yang agak jelek telah mengecam abangnya itu seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat yang berkurung sekian lama akibat Covid-19.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Azmin yang kononya ke Turki atas urusan rasmi tetapi langsung tidak ada gambar acara rasmi di sana.
“Tang mana official ni Min. Kalau official sure kau dah gebang kat IG dan FB dengan ayat gebang kau tu. Fruitful Meeting…
“Ni why kau sorok tak ada satu pun acara rasmi di Turki. Too much lah. Yang rakyat rentas daerah pun tak boleh. Nak balik jumpa mak bapa yang uzur pun tak boleh.
“Kau anak derhaka buang mak macam sampah tujuh tahun memang kau tak kisah rakyat tak jumpa mak bapa.
“Kalau benarlah pergi Turki dengan family maka seluruh ahli keluarga wajib disiasat dan dikenakan kompaun maksimum,” tegasnya sambil mengongsikan gambar Azmin yang tular itu.
Umi Hafilda kecewa pada saat rakyat sedang dikurung, Azmin boleh menikmati ‘percutian’ di sana-sini.
“Rakyat beribu bunuh diri dan kebulur, tidak ada kerja, tapi kau je akal nak travel ke sana ke mari dengan alasan cari pelaburan… puii… bakar darahlah kau ni,” berangnya lagi.
Selepas mengadakan lawatan rasmi di Austria untuk mencari pelaburan negara, kini Azmin berada di Turki dan beliau dikatakan ‘kantoi’ apabila pemandu pelancong di sana memuatnaik status mengatakan Azmin bersama keluarga ke Turki. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahah jemin ni kebal yachhhhh
Selain tebal muka....
Family raya 1rumah pun boleyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab tu bangsat kuat gado dengan marhayen di socmed. Semoga dilaknati ya Azmin sekeluarga. Jika mati nanti dan akak still kutuk2 no al fatihah for you, please jangan blame akak karna bitter terhadap politician eksyen. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 13-7-2021 12:57 PM
Azmin bergambar di Hagia Sophia, info ‘dan keluarganya’ dipadam
Oleh FAZLI RADZI / July 12, 2021
Ketika negara sedang berdepan penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat bergambar di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.
Foto Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut bersama pemandu pelancong yang menamakan dirinya sebaga Necdet itu kini tular di media sosial.
Rata-rata rakyat Malaysia melenting apabila ungkapan “… dan keluarganya (Azmin)” dilihat telah dipadam oleh pengendali Instagram Turkey Local Guides.
“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).
“Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram berkenaan.
Dalam hantaran sama, pengendali itu turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi kapsyen asal posting berkenaan.
Bahkan, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.
“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.
“Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.
“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” jelasnya.
Untuk rekod, Hagia Sophia di Istanbul kembali dibuka sebagai masjid kepada semua masyarakat termasuk Islam, Kristian, Buddha dan golongan atheis.
Kali pertama Hagia Sophia dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam.
Namun, bangunan bersejarah dengan mozeknya yang berusia lebih 500 tahun itu diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada 1453.
Untuk rekod, Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berada di Eropah untuk lawatan rasmi.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PN berkenaan berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemin x heran jd Tpm ke hape...
Jd menteri miti pun dah okkkkkkk sgtttt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by biggirlduncry at 13-7-2021 01:05 PM
apa sangat la dosa nya setakat melawat hagia sophia
berbanding amal dia mencuci lantai masjidil haram...
jadi dia kebal dari dilaknati rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-7-2021 12:28 PM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab ...
I tolong aminnnnn kannn. |
|
|
|
|
|
|
|
Mau meroyan geng yang kena beratur punya panjang kat Stadium Melawati mendengar perkabaran ini |
|
|
|
|
|
|
|
Hikmahnya, terserlah belang ahli politik semua. Alhamdulillah mudah sedikit nak buat pilihan selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga doa sister maqbool,insyaalla |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kena kurung..menteri senang lenang makin angin obersea
|
|
|
|
|
|
|
|
Puhlease la puak2 pintu blkg ni..negara nak roboh ko sedap2 ke sana ke sini pakai duit kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
opkos satu keluarga uoolssss....
dia nak risau apa sbb dia tahu dia kebal hukum di malaysia nih...
hihihi....
ada pihak mana2 berani tak???
|
|
|
|
|
|
|
|
family upload gamba kata kat msia..background kat tv ada logi tv3. Hah live lah...kat malaysia, upload gamba lama buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-7-2021 04:28 AM
Beshnya jadik bibit2 Azmin. Dah la berjalan merata dunia, duit pun juta2 dalam akaun overseas. Sebab ...
Follow...
Sejahat penjenayah jahat lagi jemin & family |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah kita berspekulasi berdasarkan maklumat yang tidak disahkan. Perbuatan ini lebih kepada menyebar kebencian kepada rakyat Malaysia yang tentunya tidak membawa apa-apa kebaikan. Diharapkan masyarakat tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang sentiasa ingin menjatuhkan kerajaan. Fokuslah tenaga dan emosi kita kepada perkara yang berfaedah seperti saling tolong menolong membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19 |
|
|
|
|
|
|
|
berkerja sambil melancong |
|
|
|
|
|
|
|
Hamboih ada jkom dalam ni kemain ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|