CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 831|Reply: 0

'King' Beraksi Lagi

[Copy link]
Post time 13-7-2021 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Bukan ‘King’ kalau tak buat hal. Itu antara komen orang ramai apabila menonton klip video yang memaparkan aksi Perodua Myvi di sebuah persimpangan lampu isyarat.


Apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah ‘gelagat’ kenderaan terbabit yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar kepada warna hijau dan pada masa sama berada di lorong salah.








Menurut orang ramai, lampu isyarat tersebut tidak akan bertukar warna hijau jika ‘sensor’ pada lorong berkenaan tidak ‘dilanggar’ oleh mana-mana kenderaan.


Namun, pada saat akhir video berdurasi satu minit 51 saat yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal Kini itu memaparkan pemandu ‘King’ tersebut kemudiannya mengubah laluan ke sebelah kiri jalan selepas lama ‘menghabiskan’ masa di persimpangan itu.


Bagaimanapun lokasi kejadian itu tidak dinyatakan.


Sementara itu, rata-rata orang ramai ‘terhibur’ dengan aksi pemandu kereta tersebut dan mereka turut menasihatkan pengguna lain agar tidak meniru aksi tersebut.


“Sepatutnya kereta hitam tu dok ‘line’ kiri baru lampu isyarat hijau, dia ada sensor kat atas jalan tu,” tulis Mohammad Zulkifli.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muz Tadha.


“Mungkin dia baru pulang dari ‘oversea’, masih keliru dengan jalan Malaysia kerana biasa memandu sebelah kanan,” katanya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.477691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list